Tak boleh terima pun tetap kena terima. Dah macam tu caranya nak buat macam mana.
Logik ke tak logik....pengetua taska punya mak yang meninggal, taska tutup 2 hari. Apa kena mengena staf-staf taska dengan mak pengetua taska tu?? Pelikkan. Aku ni oklah, surirumah. Habis yang orang lain yang mana bekerja tu, kena ambil cuti la??? Kan ke menyusahkan tu.
Bagi pendapat akulah, bila kita pilih untuk menghantar anak-anak kita ke taska ataupun nursery adalah sebab tak mahu berhadapan dengan masalah nak kena selalu ambil cuti. Sebab di taska ada ramai pengasuh yang memang dibayar gaji untuk menjaga anak-anak kita. Kalau seorang yang cuti, ada yang lain.
Tak macam kalau kita hantar kat rumah orang. Kalau babysitter tu ada hal nak kena balik kampung ke, ada kematian ke....kan dah tak boleh nak jaga anak kita. So terpaksa ibu-ibu yang bekerja ni ambil cuti. Dan mungkin juga ada kaum ayah yang terpaksa ambil cuti juga sebab si ibu tak dapat nak cuti.
Taska ni pulak memang selalu cuti. Semua public holiday dia sapu. Huhuhu....pening-pening. Itulah yang aku pelik sangat pasal taska ni. Dah lama aku perhatikan. Kalau bukan sebab dekat dengan tempat kerja laki aku mungkin dah lama aku tukar anak aku kat taska lain. Apa nak buat....
masing-masing mempunyai cerita sendiri dan yang pastinya semuanya berkisar tentang kehidupannya dan apa yang berlaku disekelilingnya walaupun ianya hanya sebuah kisah silam... ia tetap sebuah cerita
Thursday, May 13, 2010
Wednesday, May 12, 2010
Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Lahir (Hafiy, Ma & Aku)
4 acara, sambut serentak. Jimat dan seronok. Yang paling seronok.....sponsored by my lovely sister. Muahaha.... Best...best....best.
Location: Aroma Ikan Bakar, Jeram. Tepi pantai walaupun pantainya tak boleh mandi. Nak main-main air pun tak dapat, dik.... Heheehe....air surut. Kalau tak surut sekalipun, memang tak boleh nak main air. Pantainya berlumpur. Tapi pemandangan tetap menarik.
Hurmmm....sunset. Dah lama tak tengok sunset macam ni. Indahnya ciptaan tuhan. Cantik sangat. Dapat jugak la aku snap a few pics. Tetap cantik walaupun tak guna DSLR (teringin sebenarnya....).
Location: Aroma Ikan Bakar, Jeram. Tepi pantai walaupun pantainya tak boleh mandi. Nak main-main air pun tak dapat, dik.... Heheehe....air surut. Kalau tak surut sekalipun, memang tak boleh nak main air. Pantainya berlumpur. Tapi pemandangan tetap menarik.
View kat sana memang cantik. Hafiy suka main pasir siap beerkaki ayam tapi tu lah...pantainya tak berapa nak bersih sangat. Anyway it's a great getaway for a weekend sambil makan-makan. Credit to Acu...
Thank you sangat kat Acu sebab sudi le belanja semepna Hari Ibu & Hari Lahir kami 3 orang. Jasa mu dikenang (hurmm....nak bagi apa lah birthday dia nanti. Huhuuhu....) Nak kena simpan duit ni. Kang Acu minta bukan-bukan, mati aku. Hahaha...
Makan kat sini boleh tahan juga. Sedap wo.... Kenyang aku, sampai dah takde tempat nak sumbat. Siap tapau lagi. Bob yang jadi 'sweeper' pun tak larat nak habiskan (hahaha...jangan marah yer Uncle Bob). Nama tempat ni Aroma Ikan Bakar, Jeram. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit dari Sungai Buloh. Tapi berbaloi sebab makanan sedap-sedap.
Apa lagi yer?
Oklah...selamat hari ibu buat ma dan selamat hari lahir buat hafiy, ma dan juga aku. Love you all
Saturday, May 8, 2010
Ronda-ronda KLCC, rai birthday Hafiy & Amel dan makan seafood @ Tanjung Gila.
Uiks....dah lama giler tak update blog. Banyak sangat kekangan.... So...there's a lot of stories to tell. Shall we begin now??
We start with 'Ronda-ronda KLCC'. 24 April 2010....di petang yang syahdu. Sebenarnya kami suami-isteri tak tahu kemanakah arah tujuan nak bawa dua putera ni jalan-jalan.
"Ayah! Nak bawak bebudak ni gi mana ni?" tanya si Ibu.
"Kat mana tempat yang dah lama sangat kita tak pergi?" soal si Ayah.
"Mana ek?? Ntah...One Utama?!" si Ibu mengagak.
"Bukan!" jawab si Ayah.
Tanpa memberikan sebarang jawapan, si Ayah terus menekan pedal minyak. Si Ibu yang masih belum tahu arah tujuan hanya diam di dalam kereta sambil melayan kerenah si kecil. Dah masuk area KL, barulah aku dapat agak. Huh!! KLCC rupanya.... Kami parking kereta kat area taman. Belum apa-apa lagi Hafiy dah excited. Kami terus ke food court. Isi perut dulu...lapar nih. Hafiy makan sepinggan Nasi Ayam...bukan main berselera lagi. Haidhar pun banyak gak makannya...ibu macam biasalah....
Dah settle isi perut, baru le kami jenjalan kat dalam KLCC tu.Lama siot aku tak gi KLCC. Haidhar...ni lah kali pertama dia pergi KLCC. Hahaha....kata je dok KL. Nak jejak KLCC...kalau tak bersebab, haram....... Hmmm...takde mende yang menarik pun kat dalam ni. So, kami pun pegilah taman. Boleh juga si Hafiy ni lari-lari.
Kami pun pegilah ke area playground. yang silapnya. playground tu kan sebelah je dengan taman air. Apa lagi...menggelupurlah si Hafiy. " Nak mandi...nak mandi!!!" Alahai..manalah ibu ada bawa baju. Tak sangka pun Ayah nak bawa korang ni ke sini. Aduyaii!!!
Hah!! Baru teringat, ada seluar pendek kat dalam kereta. Dapat dua beradik ni main air. Haidhar pun bukan main happy lagi. Tak dapat main air kat Sunway Lagoon, KLCC pun jadilah...
Hafiy & Amel Birthday Bash, 25 April 2010 bertempat di Wangsa Melawati. Kehadiran oleh sanak saudara area Keramat. Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah...everything is about 'ULTRAMAN'. 70% hadiah adalah berupakan Ultraman. Baju Ultraman, mainan Ultraman. Sampaikan kek pun Ultraman. Dah masuk peringkat serius ni!!!
Hafiy yang masih belum faham pengertian sebenar sambutan 'Happy Birthday' layan jelah. Orang suruh tiup lilin, taknak sampai nak nangis. Suruh buka hadiah...last2 Ayah yang excited tolong bukakan. Habis tu, macam mana!!! Hua...hua....

Makan-makan seafood @ Tanjung Gila, Port Klang. 1 Mei 2010. Makanan ditaja oleh Ayah Chik, uncle ku yang baru dapat bonus. Hehehe...
3 buah rumah punya penduduk telah memenuhi 2 meja besar di Muara Ikan Bakar Tanjung Gila. Makanan enak-enak. Tapi kesian kat abah, makan nasi lemak je sebab sakit lutut. Kalau makan seafood kang lain pulak jadinya. So, Abah jaga Haidhar, Ibu sental semua seafood2 yang dihidangkan kat atas meja berlapik kain merah tu. muahahaha.... Tapi sakit gak tekak ni dok asyik bertempik kat hafiy yang berlari sana-sini. Bukannya apa..kang hilang pulak kat tengah2 orang ramai tu. Ha...mana den nak cari.

Thanks to Ayah Chik yang sudi belanja kami sekeluarga except to Abang Jay yang tak join sbb pergi meniaga. Huhuhu...cian Abang Jay. Takpe, Ibu dah makan double untuk U... I love u....

Wednesday, March 24, 2010
Malam 18 Mac 2010
18 Mac 2010.
Malam ni aku kena pergi Tmn Dato' Senu. Ada pengantin nak pakai inai untuk majlis nikah esok harinya. Dah lama cik kak ni booking. Dari tahun lepas...
Jam 8 malam. Kereta ni buat hal pulak. Enjin tak nak hidup. Si Hafiy dah tak senang duduk. Huh...nak ikut la tu. Hehehe...tak dapat. Kalau jenis yang boleh duduk diam, boleh jugak aku bawa buat teman. Haidhar....nasib baik tidur. Relaks jap...... Dan akhirnya, hidup gak kereta Perdana ni (kete mak aku).
Siap 'buckle'kan Haidhar kat car seat, dengan pantasnya aku menekan pedal minyak menuju ke Wangsa Maju. Ngeh....nak kena hantar Haidhar kat mentua aku dulu. Minta tolong jagakan. Maklumlah....dah takde orang lain yang boleh jaga. Mak mentua juga yang jadi mangsa. Terima kasih mak....
8.45 malam. Alamak...aku dah lambat ni. Janji dengan pengantin kol 9. Semuanya gara-gara kereta tak boleh nak 'start' tadi. Harap-harap aku tak sesat.... Pernah sampai Tmn Dato' Senu tapi tak berapa nak ingat. Maklumlah, masa pergi dulu duduk sebelah pemandu.
Sampai Tmn Dato' Senu....Huh...mana pulak kondo ni. Si pengantin cakap, "this the only condo at Tmn Dato' Senu". Pening juga nak mencari walaupun 'the only one'.Baik aku telefon. Kalau tak lagi entah kemana-mana pulak. Kesian pengantin.... (kesian kat aku sebenarnya....)
9.15 malam. Sampai rumah pengantin dengan bantuan kakak si pengantin yang menjemput aku kat Sentul Boulevard. Masuk je rumah aku teruskan kerja aku. Takut nanti lambat pula balik. Yelah, buat inai ni bukannya 5 minit boleh siap. Makan jam juga....
1.20 pagi. Alhamdulillah..... Akhirnya siap juga inai pengantin. Sakit pinggang aku. Takpe...demi mencari rezeki untuk anak-anak. Ingat senang ke nak buat. Nasib baik pengantin nak corak yang sederhana simple takdelah lama sangat nak melukisnya.
Selesai kerja dan minum segelas air, aku pun bergegas ke kereta. Yelah...dah lama sangat tinggal anak. Dah la Haidhar tu demam. Buatnya asyik nangis je, kesian pulak kat mak mentua aku. Esok pagi dia kerja. Tapi, bila aku sampai kat kereta.....
Arghhh.....kena block!!! Penduduk kat sini 'double parking' sebab kat situ tak cukup 'parking space'. Memang giler la...kereta banyak. Sepanjang jalan tu semua 'double park' dan kereta aku menjadi mangsa. Huhuhu....macam mana nak balik ni. Aku pun telefon la pengantin.
Nak dijadikan cerita, kakak si pengantin yang hantar aku ke Downtown Cheras. Terpaksa la balik dengan hubby ku sayang. Tapi kena tunggu sampai habis meniaga. Takpelah...dah nasib. Nasib baik Haidhar tidur, tak banyak meragam. Dia pun tahu ibu ditimpa kesusahan.
Huh...malam yang panjang. Anyway...thanks to pengantin yang sudi booked aku untuk inaikan, kakak pengantin yang jemput dan siap hantar aku, Kerch yang dapatkan booking inai, Tihah yang jagakan Hafiy, mak dan Kerch yang jagakan Haidhar, ma yang bagi guna Perdana dan Hubby yang tunggu kat downtown.
Monday, March 1, 2010
Kekejaman yang semakin menggila
Gila...perkataan yang tepat untuk menggambarkan betapa kejamnya lelaki itu sehingga sanggup menyepak dan memijak si kecil sehingga menyebabkan kematian.
Sesiapa yang mengikuti kisah si kecil di helaian berita dan siaran tv semalam pasti mengetahui cerita si malang ini. Kenapalah zaman moden ni masih ada manusia yang tak berhati perut. Masih sanggup melakukan perkara yang keji itu.
Laporan dalam Berita Harian hari ini menyatakan, kemungkinan besar penderaan bukan hanya dilakukan oleh suspek iaitu teman lelaki ibunya tetapi ianya membabitkan lebih kurang 5 individu lain. Ya Allah...bayangkan betapa seksanya tubuh kecil tu menanggung seksaan. Tahu tak...baru 3 tahun umurnya. Kita yang dah tua bangka ni pun kalau kena cubit sakit....
Agaknya inilah balasan yang diberi kepada ibu si mati kerana melakukan dosa. Bersekedudukan dengan lelaki yang dicintai tetapi menjadi penyebab kematian anak sendiri. Betapa bodohnya tindakan si ibu dan betapa kejam si lelaki.
Tiada lagi kompromi buat si pesalah. Hanya hukuman gantung yang sesuai buat dirinya.... Huh..tak best. Seksa dulu sepertimana yang telah dilakukan kepada si kecil, Syafia Humairah.
Kepada adik Syafia Humairah, semoga Allah S.W.T memcucuri rahmat dan menempatkannya dikalangan mereka y ang beriman. Al- Fatihah....
Labels:
kes penderaan,
syafia humairah
Wednesday, February 24, 2010
Tahniah...tahniah...tahniah....
Alhamdulillah...semakin bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W.
Tahniah buat sahabatku, Wanie, yang telah selamat melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Qaisara Qistina. Uihsss...kemain lagi nama anak dara ko yer Wanie. Hehehe.... Aku pun belum berkesempatan lagi melawat anak beranak ni. Banyak sangat halangan. Insya Allah, weekend ni kot baru nak pegi.
Seronok dengar kengkawan dah ada anak. Ni yang buat rasa macam nak tambah lagi. Hehehe...Yelah tu ...kang aku jugak yang pening kepala nak menjaga kalau rapat sangat umurnya.
Buat Wanie, aku doakan semoga engkau suami isteri akan menjadi ibubapa yang yang baik. Kadilah contoh yang baik buat anak2. Selamat berjaga malam....
Sunday, February 14, 2010
Takziah buat sahabat
Sedih hati ni bila terima berita daripada seorang teman rapat mengenai kehilangan bayi dalam kandungannya. Memang sangat memeranjatkan. Yelah...for almost 5 or 6 years waiting suddenly it's gone. Inilah antara ujian dari Yang Maha Esa dan ia mengingatkan aku bahawasanya aku adalah antara insan-insan yang beruntung kerana telah dikurniakan 2 orang anak lelaki yang sihat.
Alhamdulillah...semalam dia telah selamat menjalani proses mencuci rahim di hospital (not sure which hospital) dan aku doakan semoga dia cepat sihat dan dapat teruskan hidup seperti sediakala. Aku tau kau boleh!!! Kepada semua yang mengalami situasi sebegini, tabahkanlah hati. Tiap yang berlaku pasti adalah hikmahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)