Saturday, May 8, 2010

Ronda-ronda KLCC, rai birthday Hafiy & Amel dan makan seafood @ Tanjung Gila.

Uiks....dah lama giler tak update blog. Banyak sangat kekangan.... So...there's a lot of stories to tell. Shall we begin now??


We start with 'Ronda-ronda KLCC'. 24 April 2010....di petang yang syahdu. Sebenarnya kami suami-isteri tak tahu kemanakah arah tujuan nak bawa dua putera ni jalan-jalan. 


     "Ayah! Nak bawak bebudak ni gi mana ni?" tanya si Ibu.
     "Kat mana tempat yang dah lama sangat kita tak pergi?" soal si Ayah.
     "Mana ek?? Ntah...One Utama?!" si Ibu mengagak.
     "Bukan!" jawab si Ayah.


Tanpa memberikan sebarang jawapan, si Ayah terus menekan pedal minyak. Si Ibu yang masih belum tahu arah tujuan hanya diam di dalam kereta sambil melayan kerenah si kecil. Dah masuk area KL, barulah aku dapat agak. Huh!! KLCC rupanya.... Kami parking kereta kat area taman. Belum apa-apa lagi Hafiy dah excited. Kami terus ke food court. Isi perut dulu...lapar nih. Hafiy makan sepinggan Nasi Ayam...bukan main berselera lagi. Haidhar pun banyak gak makannya...ibu macam biasalah....


Dah settle isi perut, baru le kami jenjalan kat dalam KLCC tu.Lama siot aku tak gi KLCC. Haidhar...ni lah kali pertama dia pergi KLCC. Hahaha....kata je dok KL. Nak jejak KLCC...kalau tak bersebab, haram.......  Hmmm...takde mende yang menarik pun kat dalam ni. So, kami pun pegilah taman. Boleh juga si Hafiy ni lari-lari. 


Kami pun pegilah ke area playground. yang silapnya. playground tu kan sebelah je dengan taman air. Apa lagi...menggelupurlah si Hafiy. " Nak mandi...nak mandi!!!" Alahai..manalah ibu ada bawa baju. Tak sangka pun Ayah nak bawa korang ni ke sini. Aduyaii!!!

Hah!! Baru teringat, ada seluar pendek kat dalam kereta. Dapat dua beradik ni main air. Haidhar pun bukan main happy lagi. Tak dapat main air kat Sunway Lagoon, KLCC pun jadilah...


Hafiy & Amel Birthday Bash, 25 April 2010 bertempat di Wangsa Melawati. Kehadiran oleh sanak saudara area Keramat. Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah...everything is about 'ULTRAMAN'. 70% hadiah adalah berupakan Ultraman. Baju Ultraman, mainan Ultraman. Sampaikan kek pun Ultraman. Dah masuk peringkat serius ni!!!


Hafiy yang masih belum faham pengertian sebenar sambutan 'Happy Birthday' layan jelah. Orang suruh tiup lilin, taknak sampai nak nangis. Suruh buka hadiah...last2 Ayah yang excited tolong bukakan. Habis tu, macam mana!!! Hua...hua....






Makan-makan seafood @ Tanjung Gila, Port Klang. 1 Mei 2010. Makanan ditaja oleh Ayah Chik, uncle ku yang baru dapat bonus. Hehehe...

3 buah rumah punya penduduk telah memenuhi 2 meja besar di Muara Ikan Bakar Tanjung Gila. Makanan enak-enak. Tapi kesian kat abah, makan nasi lemak je sebab sakit lutut. Kalau makan seafood kang lain pulak jadinya. So, Abah jaga Haidhar, Ibu sental semua seafood2 yang dihidangkan kat atas meja berlapik kain merah tu. muahahaha.... Tapi sakit gak tekak ni dok asyik bertempik kat hafiy yang berlari sana-sini. Bukannya apa..kang hilang pulak kat tengah2 orang ramai tu. Ha...mana den nak cari.



Thanks to Ayah Chik yang sudi belanja kami sekeluarga except to Abang Jay yang tak join sbb pergi meniaga. Huhuhu...cian Abang Jay. Takpe, Ibu dah makan double untuk U... I love u....



No comments:

Post a Comment