Monday, July 25, 2011

TRANSFORMERS


 Akhirnya dapat gak tengok Transformers 3.
Walaupun bukan 3D, gua layan jelah dari tak dapat tengok langsung

Tapi Transformer 3 ni kurang 'kick' la
1st sebab takde Megan Fox
2nd action kurang
3rd..aku rasa cam tak logik la bila si Carly tu boleh hasut2 Megatron

Apa-apa pun..
Enjoy!!!

Tuesday, July 19, 2011

Jom Main Masak-masak

Dah lama teringin nak beli buku ni.
Akhirnya, sekarang baru dapat.
Ini pun last 2 pcs je yang tinggal kat POPULAR IKANO tu.
Nasib baik cepat, kalu tak entah bila la pulak aku nak belinya


So...bila dah beli buku resepi ni takkan nak simpan je dalam lemari kan.
Jadi hari ni aku pun cubalah 2 menu yang ada dalam buku ni.
Nasi Lemak & Ayam Rempah


Hehehe...
walaupun juri a.k.a Mr Hubby tak bagi 'A'
cukuplah anak2 cakap sedap.
Next time ibu buat lagi ok.
Mr. Hubby, nnt I try buat lagi. mesti sedap punya!!


Layan....

Thursday, July 7, 2011

HYPERACTIVE VS. HYPERTENSION

Waduh...waduh...waduh...
Apa khabar semua blogger??
Hari ni nak talk2 pasal HYPERACTIVE VS. HYPERTENSION
Wakaka...
Apalah nak dicoretkan ni...tapi tulah,
aku nak gak citer apa yang dialami dalam masa seminggu aku tak update blog ni.

Hai...tak tahulah kenapa dengan anak2 aku ni. Sejak dari hari persiapan Acu depa nak kawen sampailah skang ni, masing2 aktifnya...hanya Tuhan saja yang tahu. Dah macam hyperactive lak aku tengok. Tak boleh duduk diam. Ada je mende yang jadi..
Kalau main..terjerit2. Kalau gaduh lagilah!!
Aduyai ...ibu lak yang hypertension skang ni
Dah tak terlarang sayng oi!!\Macammana skang ni??
Ceciter....ceciter..

Ibu ni dah la tension tak dapek nak tengok TRANSFORMER 3 ni
Wakaka...itu pun tension ke
Huishh..tensionlah
Mr Hubby sebok nak gi  tengok. Kang dia gi tengok sorang2
Wa jeles beb!!

Huhuhu....

Oh anak2ku...
berilah waktu untuk ibu
Janganlah notty sangat der..
ibu tak larat nak oi....

Tuesday, June 28, 2011

TENSI

Ya Allah...
kau berikanlah aku sebanyak-banyak kesabaran untuk terus membimbing keluarga ku.

Ya lah kan..kita ni manusia biasa. Bukannya patung yang boleh terima apa saja yang terjadi. Kadang-kadang sifat sabar tu boleh hilang. Sekali petik je!!

Arghhh...kenapa sejak akhir2 ni seolah-olah semuanya tidak kena. Yang ni salah, yang tu pun salah. I'm in the middle. Aku yang tak paham ke orang yang tak paham2???
Kompius....kompius....

Seriously.....i'm going crazyyyyy!!

Saturday, June 18, 2011

Bila dah pandai pegang pensel

Sejak dah pandai pegang pensel dan pen,
dinding rumah dah jadi WALL OF FAME
Lukisan abstrak pun dah banyak.
Kalau pamer, PICASSO pun kalah ni.
Hukhukhuk...

Pantang jumpa pen...
inilah jadinya





Wednesday, June 15, 2011

5 tips jauhi risiko strok

Zaman skang ni, ramai nau orang kena strok.
Dah  tak kira umur dah. Dulu kita selalu dengar pakcik-makcik yang dah 60 tahun ke atas je yang kena strok.
Tapi skang, awal 30-an pun dah boleh kena strok gak.
Mana taknya, makan tak jaga. Exercise jarang sekali.
Tambah pulak dengan kandungan dalam makanan yang kadang2 kita pun tak tau apa bahannya. 
Pakat sebat jek..
Orang kata, bukan akku katalah.
mencegah ni lebih baik dari mengubati.
So kat sini aku listkan 5 tips supaya susah skit la nak dapat strok

1. Banyakkan berjalan kaki. Alah...setakat nak gi kedai runcit depan rumah tu, takyah le start motor/kete. Jalan sudeh...

2. Kawal berat badan ideal. Jagalah sikit makan tu. Jangan nak main telan je semua yang ada depan  mata. Itu yang depan mata, yang cari sampai dapat lom kira lagi tu.

3. Hindari rokok. Zaman skang ni bukan lelaki je yang merokok. Pompuan pun dah ramai. Jauh2 le...boleh mati awal tau. Rugi2...

4. Jauhi minuman beralkohol. Arak2 ni jangan sentuh. Melayu skang ni pun dah ramai yang kaki minum. Entah ler...minta simpang la yer

5. Ambil nutrisi lengkap setiap hari. Dah le makan main sebat..tak kira apa. Makan ni nak kena ber'time'. Pastu tengok pulak makan apa. Jangan dari pagi sampai petang dok sebat pizza, burger....adussss....dahlah tu. Nanti gemuk!!


Tuesday, June 14, 2011

Paksa Rela

Tajuk bunyi macam ngeri.Tapi takdelah ngeri nau....
Hahaha...kesian kat my hubby.
Kena tolong packingkan coklat.
Tak pernah pun suh dia buat tapi kali terpaksa demi masa...
Masa dah suntuk noq...
Coklat banyak yang lom siap packing so hubby la yang jadi mangsa

 Ini dia muka orang kena paksa...
muncung jek

Maka...
inilah hasilnya
Credit to my sis yang tolong pasangkan riben walaupn tak sampai 1/2.
Dan berbanyak2 terima kasih yang tak terhingga buat hubby yang tolong packingkan coklat satu-persatu sampai habis & siap packingkan dalam kotak besar.

Love so much....