Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

TRANSFORMERS


 Akhirnya dapat gak tengok Transformers 3.
Walaupun bukan 3D, gua layan jelah dari tak dapat tengok langsung

Tapi Transformer 3 ni kurang 'kick' la
1st sebab takde Megan Fox
2nd action kurang
3rd..aku rasa cam tak logik la bila si Carly tu boleh hasut2 Megatron

Apa-apa pun..
Enjoy!!!

Tuesday, July 19, 2011

Jom Main Masak-masak

Dah lama teringin nak beli buku ni.
Akhirnya, sekarang baru dapat.
Ini pun last 2 pcs je yang tinggal kat POPULAR IKANO tu.
Nasib baik cepat, kalu tak entah bila la pulak aku nak belinya


So...bila dah beli buku resepi ni takkan nak simpan je dalam lemari kan.
Jadi hari ni aku pun cubalah 2 menu yang ada dalam buku ni.
Nasi Lemak & Ayam Rempah


Hehehe...
walaupun juri a.k.a Mr Hubby tak bagi 'A'
cukuplah anak2 cakap sedap.
Next time ibu buat lagi ok.
Mr. Hubby, nnt I try buat lagi. mesti sedap punya!!


Layan....

Thursday, July 7, 2011

HYPERACTIVE VS. HYPERTENSION

Waduh...waduh...waduh...
Apa khabar semua blogger??
Hari ni nak talk2 pasal HYPERACTIVE VS. HYPERTENSION
Wakaka...
Apalah nak dicoretkan ni...tapi tulah,
aku nak gak citer apa yang dialami dalam masa seminggu aku tak update blog ni.

Hai...tak tahulah kenapa dengan anak2 aku ni. Sejak dari hari persiapan Acu depa nak kawen sampailah skang ni, masing2 aktifnya...hanya Tuhan saja yang tahu. Dah macam hyperactive lak aku tengok. Tak boleh duduk diam. Ada je mende yang jadi..
Kalau main..terjerit2. Kalau gaduh lagilah!!
Aduyai ...ibu lak yang hypertension skang ni
Dah tak terlarang sayng oi!!\Macammana skang ni??
Ceciter....ceciter..

Ibu ni dah la tension tak dapek nak tengok TRANSFORMER 3 ni
Wakaka...itu pun tension ke
Huishh..tensionlah
Mr Hubby sebok nak gi  tengok. Kang dia gi tengok sorang2
Wa jeles beb!!

Huhuhu....

Oh anak2ku...
berilah waktu untuk ibu
Janganlah notty sangat der..
ibu tak larat nak oi....

Tuesday, June 28, 2011

TENSI

Ya Allah...
kau berikanlah aku sebanyak-banyak kesabaran untuk terus membimbing keluarga ku.

Ya lah kan..kita ni manusia biasa. Bukannya patung yang boleh terima apa saja yang terjadi. Kadang-kadang sifat sabar tu boleh hilang. Sekali petik je!!

Arghhh...kenapa sejak akhir2 ni seolah-olah semuanya tidak kena. Yang ni salah, yang tu pun salah. I'm in the middle. Aku yang tak paham ke orang yang tak paham2???
Kompius....kompius....

Seriously.....i'm going crazyyyyy!!

Saturday, June 18, 2011

Bila dah pandai pegang pensel

Sejak dah pandai pegang pensel dan pen,
dinding rumah dah jadi WALL OF FAME
Lukisan abstrak pun dah banyak.
Kalau pamer, PICASSO pun kalah ni.
Hukhukhuk...

Pantang jumpa pen...
inilah jadinya





Wednesday, June 15, 2011

5 tips jauhi risiko strok

Zaman skang ni, ramai nau orang kena strok.
Dah  tak kira umur dah. Dulu kita selalu dengar pakcik-makcik yang dah 60 tahun ke atas je yang kena strok.
Tapi skang, awal 30-an pun dah boleh kena strok gak.
Mana taknya, makan tak jaga. Exercise jarang sekali.
Tambah pulak dengan kandungan dalam makanan yang kadang2 kita pun tak tau apa bahannya. 
Pakat sebat jek..
Orang kata, bukan akku katalah.
mencegah ni lebih baik dari mengubati.
So kat sini aku listkan 5 tips supaya susah skit la nak dapat strok

1. Banyakkan berjalan kaki. Alah...setakat nak gi kedai runcit depan rumah tu, takyah le start motor/kete. Jalan sudeh...

2. Kawal berat badan ideal. Jagalah sikit makan tu. Jangan nak main telan je semua yang ada depan  mata. Itu yang depan mata, yang cari sampai dapat lom kira lagi tu.

3. Hindari rokok. Zaman skang ni bukan lelaki je yang merokok. Pompuan pun dah ramai. Jauh2 le...boleh mati awal tau. Rugi2...

4. Jauhi minuman beralkohol. Arak2 ni jangan sentuh. Melayu skang ni pun dah ramai yang kaki minum. Entah ler...minta simpang la yer

5. Ambil nutrisi lengkap setiap hari. Dah le makan main sebat..tak kira apa. Makan ni nak kena ber'time'. Pastu tengok pulak makan apa. Jangan dari pagi sampai petang dok sebat pizza, burger....adussss....dahlah tu. Nanti gemuk!!


Tuesday, June 14, 2011

Paksa Rela

Tajuk bunyi macam ngeri.Tapi takdelah ngeri nau....
Hahaha...kesian kat my hubby.
Kena tolong packingkan coklat.
Tak pernah pun suh dia buat tapi kali terpaksa demi masa...
Masa dah suntuk noq...
Coklat banyak yang lom siap packing so hubby la yang jadi mangsa

 Ini dia muka orang kena paksa...
muncung jek

Maka...
inilah hasilnya
Credit to my sis yang tolong pasangkan riben walaupn tak sampai 1/2.
Dan berbanyak2 terima kasih yang tak terhingga buat hubby yang tolong packingkan coklat satu-persatu sampai habis & siap packingkan dalam kotak besar.

Love so much....

Monday, June 13, 2011

Jom buat 'Strawberry Dip'

Idea buat Strawberry Dip muncul bila adik ipar aku, Kerch, nak wat hantaran kawen. Coklat dah buat. Nak buat lagi satu dulang. Biasa orang letak buah-buahan. Katanya nak lain dari yang lain. Tu yang Strawberry Dip.

 the strawberries

the chocolates
white & dark

 dip it in the melted choc then straight to the fridge

 done. 





Nice huh!..

Sunday, June 12, 2011

FATHER'S DAY

Aku sebenarnya tak pasti tarikh yang betul untuk sambut Father's Day ni tapi yang pastinya memang bulan ni. Aku ada dapat 2, 3 order coklat untuk Father's Day...so tetiba timbul lak idea nak buat surprise untuk Father's Day.
Aku pun contact le ipar duai dan biras aku. Yelah nak kena tanya dulu, mana tau masing sibuk ke...kan... Lagipun aku plan nak surprisekan 4 orang ayah. Bapak mertua, Angah (abg ipar), Zul (adik ipar) dan semestinya my luvly hubby. Semua ni pegang title AYAH.
Aku ni siap tempah kek lagi. Makanan lain ipar duai yang uruskan. Makan2 kecik jek. Just for family. Tapi yang sayangnya, adik ipar aku Asya takde. Kaklong lak jauh nun di Jeddah. Takpe...i dah upload gambar utk uollsss tengok k!!!

 Special to Zara, birthday girl



 Cucu-cucu Aki Kodri

 with Aki

 spaghetti (mak buat), sate (angah beli), kek ( i yg beli)

 inilah muka AYAH2 yang sambut father's day



birthday girl

Tuesday, May 24, 2011

Mei...bulan yg sibuk

Alahai....
Banyak lagi yang tak settle ni. Badan dah sakit-sakit. Tapi banyak lak job menanti yang tak siap lagi.
Arghhh...time la badan rasa tak sihat, mood hilang, hangin satu badan, sakit sana, sakit sini..
Banyak keje terbengkalai.

Aku dah tak sekuat dulu. Maklumlah dah nak masuk '3 series' ni, macam-macam le. Dah nak kena makan jamu agaknya. Hehehe....

Time banyak keje, banyak juga tangan yang menolong. Tolong siuk jelah.. Sape lagi kalau bukan Hafiy & Haidhar. Bankrap tokey...
Tapi bila depa semua ni dah tidur, aku pulak yang takde mood nak buat kerja.
Adoyaiii...cane tuh?!
Ce citer...ce citer...

Berharap sangat aku dapat selesai semua order coklat dengan jayaya
Amin

Friday, May 20, 2011

Ibu Ultraman mengamuk

Kejadian berlaku lewat malam tadi.
2 adik beradik ultraman yang hyperactive telah membuat ayah dan ibunya tension.
Adik ultraman yang tidak dapat tidur akibat dari tidur awal petang semalam telah menggigit ayah, ibu dan abangnya. Akibat dari perbuatannya, ibunya telah naik berang. Maka mengamuklah ibu ultraman tersebut.
Akhirnya, setelah dimarahi oleh ibu barulah kedua-dua beradik ultraman ini tidur.





Cik Teeya dah bertunang

Banyak benda nak kongsi nih. Pasal dah lama giler tak update..so skang ni macam qada' la...hehehe
Skang ni nak citer pasal adik aku Tihah a.k.a Cik Teeya yang bertunang last week. Tak sangka dah besar adik aku ni. Dah nak kawen pun. Insya Allah, kalau takde aral melintang 2 Julai ni langsung le majlisnya. 
Lawannya??? Orang Muar. Leh tahan le hemsemnya. Sama padan...
So...ini gambar sekitar majlis pertunangan hari tu (14 Mei 2011)
Kredit kepada Wan Pengsan (Geng Budak Jahat 5D) selaku tukang tangkap gambar.

 Mak Andam glamer

 Rombongan dah sampai Mak nye...

 Cute nya.... anak sapelah ni

 Dah dapat cincin

 Hantaran dari pihak lelaki

 Hantaran dari pihak perempuan

 Ceria

 Pre Wed

Tukang Tangkap Gambar
a.k.a
Wan Pengsan

Birthday Bash Hafiy & Syamel

Seperti tahun2 yang sudah, birthday party Hafiy kongsi dengan Syamel, sepupunya. Dah besar anak ibu. Dah 4 tahun tapi gigi tak tumbuh lagi. Hukhuk...
Seperti biasa sambutan kat rumah Aki dan dihadiri oleh saudara-mara sebelah Aki & Wani







Seronok dapat hadiah.
Ibu doakan anak ibu sihat & ceria selalu.
Ibu sayang Hafiy

Thursday, May 19, 2011

Busy noq...

Pheww...
Rasa macam dah lam giler tak update blog ni. Bukannya takde citer nak kongsi tapi....
mesti korang gelak!!!
Lupa password da...
That's why i'm not updating my blog.
Bengong jerk
Ditambah pulak dengan hari2 yang memang sibuk giler.
Takde masa nak mengumbah2 kotak cari buku yg ada tulis segala2 rahsia. Hahaha...
So skang dah jumpa balik password, bolehlah mula tulis2 balik

Tuesday, March 15, 2011

Rezeki....Allah yang bagi

Alhamdulillah...
Hampir 3 tahun aku jadi surirumah, akhirnya aku dah jumpa sesuatu yang tak disangka-sangka aku mampu buat dan kini menjadi sumber rezeki aku. Memang jauh dari jangkaan dan tak pernah terfikir, terlintas pun tidak aku kan terjun ke bidang ini.
Buat coklat!!!
Sekarang ni aku adalah salal seorang usahawan kecil coklat homemade.
Dan Alhamdulillah...setakat ni masih belum putus order.
Hari-hari ada je coklat yang nak kena siapkan.
Betulkan...rezeki Allah yang bagi. Kalau kita usaha dan bijak menggunakan akal.

Friday, February 18, 2011

Sepetang di Pizza Hut

Sejak Ayah kursus ni, bila balik weekend jer bawa anak-anak keluar jalan-jalan.
Yelah...masa dengan anak-anak amatlah terhad. 
So, last week bawa ler bebudak cinonet ni gi makan Pizza Hut sambil main kat playground.
Tak banyak snap pic sebab ibu pun busy makan. 
Hahaha...

 Tak sabar nak makan pizza

 Cheesy Rice

 Menikmati makanan

 Haidhar makan tak tgk kiri kanan.
Ayah makan tgk kanan
hehehe

Budak ni memang suka makan!!!