Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 18, 2011

Sepetang di Pizza Hut

Sejak Ayah kursus ni, bila balik weekend jer bawa anak-anak keluar jalan-jalan.
Yelah...masa dengan anak-anak amatlah terhad. 
So, last week bawa ler bebudak cinonet ni gi makan Pizza Hut sambil main kat playground.
Tak banyak snap pic sebab ibu pun busy makan. 
Hahaha...

 Tak sabar nak makan pizza

 Cheesy Rice

 Menikmati makanan

 Haidhar makan tak tgk kiri kanan.
Ayah makan tgk kanan
hehehe

Budak ni memang suka makan!!!

Monday, February 14, 2011

SAKIT & PEMBALASAN

Jam 3 pagi.
Sakit kepala menyerang. Ya Allah...kenapalah sakit sangat nih. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Serius!!! Sakit sangat. Perut pun rasa mual. Nak muntah....sakit perut.
Kenapa nih??
 Haidhar pulak asyik nak menyusu jek. Hafiy lak minta susu.
Ya Allah, aku memang tak larat nak layan dua-dua insan ni. 
Macammana ni??
Hubby takde. Baru jek kol 11pm tadi bertolak ke asrama.
Nak panggil Ma...kesian pulak. Esok pagi-pagi, Ma nak kena bangun awal pergi kerja.
Tapi aku memang dah tak tahan sangat.
Mesej Hubby.... Dia minta panggilkan Ma.
Alahai....tak nak susahkan Ma.
Arghhh....rasa macam nak muntah.
Cepat-cepat aku berlari ke sinki.
Habis makan malam aku tadi keluar semua.
Ya Allah...peritnya. Berikanlah aku kekuatan!!
Kenapa masih tak hilang sakit kepala ni. Padahal aku telan ubat tadi.
Lambatnya ubat ni bertindak. Selalu tak macam ni.
Takkan aku pregnant kot...macam tak logik je.
Tapi...memang perit.
Alhamdulillah....
Bangun pagi tadi. Semua sakit tu dah hilang.
Mungkin itu semua pembalasan yang Allah beri. Mungkin aku ada melakukan dosa.
Alhamdulillah. Ia telah mengingatkan aku bahawa...
dosa kita tak perlu tunggu di alam barzakh
di dunia pun Allah dah balas