Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 1, 2010

Kekejaman yang semakin menggila

Gila...perkataan yang tepat untuk menggambarkan betapa kejamnya lelaki itu sehingga sanggup menyepak dan memijak si kecil sehingga menyebabkan kematian. 

Sesiapa yang mengikuti kisah si kecil di helaian berita dan siaran tv semalam pasti mengetahui cerita si malang ini. Kenapalah zaman moden ni masih ada manusia yang tak berhati perut. Masih sanggup melakukan perkara yang keji itu. 

Laporan dalam Berita Harian hari ini menyatakan, kemungkinan besar penderaan bukan hanya dilakukan oleh suspek iaitu teman lelaki ibunya tetapi ianya membabitkan lebih kurang 5 individu lain. Ya Allah...bayangkan betapa seksanya tubuh kecil tu menanggung seksaan. Tahu tak...baru 3 tahun umurnya. Kita yang dah tua bangka ni pun kalau kena cubit sakit....

Agaknya inilah balasan yang diberi kepada ibu si mati kerana melakukan dosa. Bersekedudukan dengan lelaki yang dicintai tetapi menjadi penyebab kematian anak sendiri. Betapa bodohnya tindakan si ibu dan betapa kejam si lelaki.

Tiada lagi kompromi buat si pesalah. Hanya hukuman gantung yang sesuai buat dirinya.... Huh..tak best. Seksa dulu sepertimana yang telah dilakukan kepada si kecil, Syafia Humairah. 

Kepada adik Syafia Humairah, semoga Allah S.W.T memcucuri rahmat dan menempatkannya dikalangan mereka y ang beriman. Al- Fatihah....

No comments:

Post a Comment