Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 15, 2011

Rezeki....Allah yang bagi

Alhamdulillah...
Hampir 3 tahun aku jadi surirumah, akhirnya aku dah jumpa sesuatu yang tak disangka-sangka aku mampu buat dan kini menjadi sumber rezeki aku. Memang jauh dari jangkaan dan tak pernah terfikir, terlintas pun tidak aku kan terjun ke bidang ini.
Buat coklat!!!
Sekarang ni aku adalah salal seorang usahawan kecil coklat homemade.
Dan Alhamdulillah...setakat ni masih belum putus order.
Hari-hari ada je coklat yang nak kena siapkan.
Betulkan...rezeki Allah yang bagi. Kalau kita usaha dan bijak menggunakan akal.