Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 13, 2010

Taska oh taska....

Tak boleh terima pun tetap kena terima. Dah macam tu caranya nak buat macam mana. 


Logik ke tak logik....pengetua taska punya mak yang meninggal, taska tutup 2 hari. Apa kena mengena staf-staf taska dengan mak pengetua taska tu?? Pelikkan. Aku ni oklah, surirumah. Habis yang orang lain yang mana bekerja tu, kena ambil cuti la??? Kan ke menyusahkan tu. 


Bagi pendapat akulah, bila kita pilih untuk menghantar anak-anak kita ke taska ataupun nursery adalah sebab tak mahu berhadapan dengan masalah nak kena selalu ambil cuti. Sebab di taska ada ramai pengasuh yang memang dibayar gaji untuk menjaga anak-anak kita. Kalau seorang yang cuti, ada yang lain.


Tak macam kalau kita hantar kat rumah orang. Kalau babysitter tu ada hal nak kena balik kampung ke, ada kematian ke....kan dah tak boleh nak jaga anak kita. So terpaksa ibu-ibu yang bekerja ni ambil cuti. Dan mungkin juga ada kaum ayah yang terpaksa ambil cuti juga sebab si ibu tak dapat nak cuti.


Taska ni pulak memang selalu cuti. Semua public holiday dia sapu. Huhuhu....pening-pening. Itulah yang aku pelik sangat pasal taska ni. Dah lama aku perhatikan. Kalau bukan sebab dekat dengan tempat kerja laki aku mungkin dah lama aku tukar anak aku kat taska lain. Apa nak buat....

1 comment:

  1. fiza..taska anak i aritu tutup 2 weeks sebab ade budak kene h1n1..nasib baikla my parents bole jaga..kesian gak utk parents yg lain..bukan 2 hari, 2 minggu!

    ReplyDelete