Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Lahir (Hafiy, Ma & Aku)

4 acara, sambut serentak. Jimat dan seronok. Yang paling seronok.....sponsored by my lovely sister. Muahaha.... Best...best....best.

Location: Aroma Ikan Bakar, Jeram. Tepi pantai walaupun pantainya tak boleh mandi. Nak main-main air pun tak dapat, dik.... Heheehe....air surut. Kalau tak surut sekalipun, memang tak boleh nak main air. Pantainya berlumpur. Tapi pemandangan tetap menarik.


Hurmmm....sunset. Dah lama tak tengok sunset macam ni. Indahnya ciptaan tuhan. Cantik sangat. Dapat jugak la aku snap a few pics. Tetap cantik walaupun tak guna DSLR (teringin sebenarnya....).

View kat sana memang cantik. Hafiy suka main pasir siap beerkaki ayam tapi tu lah...pantainya tak berapa nak bersih sangat. Anyway it's a great getaway for a weekend sambil makan-makan. Credit to Acu...


Thank you sangat kat Acu sebab sudi le belanja semepna Hari Ibu & Hari Lahir kami 3 orang. Jasa mu dikenang (hurmm....nak bagi apa lah birthday dia nanti. Huhuuhu....) Nak kena simpan duit ni. Kang Acu minta bukan-bukan, mati aku. Hahaha...

Makan kat sini boleh tahan juga. Sedap wo.... Kenyang aku, sampai dah takde tempat nak sumbat. Siap tapau lagi. Bob yang jadi 'sweeper' pun tak larat nak habiskan (hahaha...jangan marah yer Uncle Bob). Nama tempat ni Aroma Ikan Bakar, Jeram. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit dari Sungai Buloh. Tapi berbaloi sebab makanan sedap-sedap.


Apa lagi yer?

Oklah...selamat hari ibu buat ma dan selamat hari lahir buat hafiy, ma dan juga aku. Love you all


No comments:

Post a Comment