Monday, January 24, 2011

Accident & KFC

Hari ma & abah ada kat rumah. Ma MC, demam. Abah pulak sakit badan. Semalam accident, jatuh motor kat Shah Alam. Kesian abah...bulan ni jek dah 2 kali jatuh motor. Hari agak teruk sampai luka-luka. Semalam jatuh, takde luka-luka tapi sakit dalam badan pulak. Dah 2 kali mengurut tapi aku tengok macam sakit lagi jek. Suruh pergi jumpa doktor, tak mau. Katanya, doktor bukan buat apa pun. Check sikit-sikit lepas tu bagi ubat. Sabar ajelah...


Jap tadi tetiba abah & ma rasa macam nak makan KFC. Sedap juga kan. Aku cakap jap lagi aku pegi beli sebab aku pun memang nak keluar pergi hantar coklat.
Masalahnya sekarang ni, dah pukul 6 tapi customer tu tak call lagi. So, aku dah call Acu, minta dia belikan on the way balik dari ofis. Harap-harap tak jammed...kalu tak lambat le sampai KFC nya. Cian abah & ma...

Saturday, January 22, 2011

Selamat Pagi Sabtu

Selamat pagi, semua bloggers!!!
Saja je awal2 pagi ni, sebab dari malam tadi belum tidur lagi mata ni. 
Tak mengantuk tapi badan letih, dik nun!!!
Alahai...laparlah pulak. Perut minta diisi. Apa nak masak pagi ni??
Hubby ada ni....baru balik dari kursus malam tadi.
Must make something special for him for breakfast. 
Apa ek?? Any idea??!!

Hehehe...b4 that, saja nak promote kawan punya blog. 
Dia ni meniaga mcm2.
Sila scroll ke bawah, lihat bahagian kiri, column ' Jom Shopping-shopping'

Monday, January 17, 2011

Hari-hari yang sibuk

Semasa menaip blog ni, aku belum lagi melelapkan mata walau sesaat dari semalam. Ada kawan ucap tahniah kat FB sebab jadi SUPERWOMAN, katanya. Huh....superwoman pun boleh pengsan. Kepala aku ni dah berat tapi itulah masalahnya, kalau dah penat sangat tak boleh pulak nak tidur. Sekejap lagi, bila mata dah berat, si kecik pulak bangun. Uwaaa......

Minggu ni memang sibuk giler. Hubby dah mula kursus so aku kena ambil alih stall kat Downtown. So, tiap-tiap malam kau akan berada kat downtown. Sampai rumah dah pukul 2,3 pagi. Anak-anak pulak ceria sebba dia orang semua dah tidur awal. Nak taknak, kena layan la dulu. Yang ni susu, yang tu nenen. Nak tunggu dia orang tidur balik dah hampir pukul 5, 6 pagi. Aku masih lagi belum tidur. Bila anak-anak dah tidur balik, aku pun barulah dapat rehat. Tak sampai 2, 3 jam tidur, dah bangun pulak 2 beradik ni. Aku pun kenalah bangun buat sarapan. Jalan pun senget, dah rupa ketam. Ngantuk, beb!!!

Anak-anak dah siap mandi. Buka Astro channel 613, bebudak tengok citer. Aku...bantai tidurlah. Tengahari...bangun masak lunch. Masih dalam mode jalan ketam. Hahahaha.... Siap masak, suapkan anak-anak. Kalau ada selera, aku pun makan sama. Tapi kadang-kadang penat mengatasi segalanya. Tidur lagi sedap!!!

Petang, masak untuk dinner lak. Kalau bonda balik awal. Dapatlah rilex sebelum pegi meniaga. Dapatlah nyorok dalam bilik, rileks jap. Pukul 8.30 malam aku dah kena keluar meniaga. Itulah rutin sejak hubby pegi kursus.

SIBUK!!!

Friday, January 7, 2011

Nyanyuk sudeh.....

"Assalamualaikum.... Assalamualaikum.."
"Waalaikummusssalam..."
Aku intai ikut sliding door. Eh...apsal nurse klinik desa ni datang??
"Hafizah, nanti awok bawok anok awok cucuk minggu depan ye. 12 haribulan"
"Kenapa??"
"Cucuk 1thn 1/2 la"
"Bukan appointment bulan 2 ke?"
"Ye ke? Cuba awok ambik buku anak awok. Appt 5 jan la"
"Jap saya ambik"
Laju jek aku lari masuk bilik. Belek buku Haidhar, alamak...betullah 5 Jan. Aku lupa...
"Betullah, 5 Jan. Saya lupa. Tertukar dengan appt anak yg yg sulung"
"Takpelah, datang minggu depan yer. 12 hb"
"Terima kasih, misi"

Begitulah ceritanya. Nasib baik nurse2 kat Klinik Desa Paya Jaras ni menjalankan tugas dengan baik walaupun masa kat klinik, muka sorang2 masam mencuka. Hehehe....


Monday, January 3, 2011

MENU HARI INI

Apalah nak masak hari ini yer. Setelah menyelongkar isi perut peti ais tu, akhirnya aku berjaya menghasilkan 3 menu yang semestinya enak dan berkhasiat untuk makan malam hari ini. Yummy....yummy.... yummy!!
Enak ke???eh..eh..mestilah. Bak kata Hafiy, "Ibu...delicious....". Terharu ibu mendengarnya...

Sayur Kubis Oyster Sauce

 Daging Goreng Bercili

Kari Kepala Ikan Tenggiri