Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 28, 2010

Happy Again

   4 hari selepas operation, Hafiy dah happy balik. Tapi bertambah-tambah 'naughty' la pulak. Ntah apa yang dia lalui masa dok kat spital tuh. Hehehe
 
   Tapi kesian la....... Habih dah pagar kat sebelah kena runtuh dek doktor gigi tu. Nak buat macam mana...untuk kebaikan dia juga. Bila sengih...hehehe...sungguh menawan kalbu. Wakaka..... Bila tanya mana gigi Hafiy. Doktor ambik, katanya.

   Jap lagi nak balik rumah Aki dia, mesti kena sakat je la. Yelah, belum jumpa Aki dan Wani lagi sejak depa balik dari umrah semalam. Terima jelah Hafiy. Nasib baik dia tak berapa faham lagi kalau tak mesti dia malu nak jumpa orang. Yelah...dah takde gigi. Banyak lak tu!!!

   Apa-apa pun, Ibu tetap sayang Hafiy!!

 

Saturday, June 26, 2010

bila Hafiy masuk wad

   Tak disangka-sangka, cempedak dah jadi nangka. Wahhh....gitu!!!. Memang jadi nangka pon. Dari kecik, dah jadi besar giler. Cian kat Hafiy. Huhuhu.... Itulah nak cerita nih.

   Bermula dengan sakit gigi. Bila makan jek, sakit. Makan jek, sakit. Dah langsung tak nak makan. Dah asyik sakit gigi jek, so kami pon bawa le Hafiy pegi dental. Ye lah...kesian le. Asyik sakit je, sampai tak boleh nak makan. Bila dentist periksa, katanya bengkak gusi je. Dibaginya ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Oklah....ingatkan sakit gigi, nak kena cabut. Sampai je kat rumah, aku pun suapkanlah ubat-ubat tu ke mulut Hafiy. Jam 3 pagi, tiba-tiba Hafiy terjaga menangis-nangis. Ya Allah!!! Kenapa pipi dia bengkak ni??? Besar giler. Tu yang cempedak dah jadi nangka. Muahahaha.......

   Tindak balas ubat agaknya Itu yang kami berdua fikir. Tapi kenapa tak surut-surut??? Musykil...musykil.... Maka, pagi Isnin tu aku suruh la ayahnya telefon dentist tu, tanya samada memang akan jadi macam tu ke selepas makan ubat. Dentist tu suruh habiskan ubat, kalau tak surut juga bengkaknya datang balik.

   Pagi Selasa, suami aku bawa Hafiy jumpa detist tu semula. Yelah, dari malam Sabtu sampai ke hari Selasa tak juga surut bengkaknya. Dentist tu periksa gusi Hafiy, dia cakap gusi tu dah bernanah. Disebabkan Hafiy baru 3 tahun, dentist tu minta kami pergi klinik. So, ayahnya bawa la pegi klinik yang kebetulan kat sebelah dental tu je. Tapi doktor kat klinik tu tak berani nak buat apa-apa. Doktor tu bagi surat untuk refer kat hospital.

   Ayahnya terus bawa Hafiy balik rumah ambil aku dan Haidhar. Kami terus pergi hospital. Sampai kat bahagian kecemasan Hospital Sg Buloh, jam pun dah pukul 2.30 petang. Huh....dari pagi ulang alik. Kesian suamiku.... Pukul 3 petang, barulah tiba giliran Hafiy. Tak sampai 5 minit kat dalam bilik doktor, aku dengar Hafiy menjerit-jerit. Doktor ambil darah dia...patutlah.

   15 minit kemudian, MA (mediacal assistant) bawa kami pergi Klinik Pakar Bedah Mulut. Bila tengok signboard tu, gerun lak aku. Kenapa dia bawa kami datang sini??? Masuk dalam klinik, daftar lepas tu jumpa doktor. Doktor periksa gigi Hafiy. Lepas terus beritahu kami, Hafiy mesti dimasukkan ke wad petang tu juga. Hafiy mesti dibedah untuk buang nanah kat gusi tu. Kes Hafiy dah jadi kes 'emergency' sebab dia umurnya bawah 6 tahun. Terkejut aku dengar. Kesiannya...macam mana nanti. Sakit tuh...

   Malam tu, Hafiy ditemani ayahnya kat wad. Aku tak boleh nak temankan sebab Haidhar breastfeed. Kesian ayah...melayan kerenah Hafiy. Malam tu dia menangis-nangis nakkan aku. Bila telefon, terus nangis. Sdih aku dengar. Suami aku beritahu, doktor akan buat surgery tu samada esok pagi ataupun tenghari. Harap tak ada apa-apa yang tak baik berlaku.

   Esoknya tepat jam 12 tengahari, Hafiy dan suamiku masuk ke 'operation theatre'. Seram jek bunyinya kan... Pembedahan selesai dalam 2 jam 30 minit. Suami aku beritahu, Hafiy sedar jek terus bangub tarik wayar-wayar kat badan dia. Darah tersembur-sembur keluar dari mulut. Nangis sambil jerit sakit...sakit. Tak dapat aku bayangkan. Kesian, doktor cabut 10 batang gigi dia yang dah rosak. Bayangkan...1o batang!!!

   Masa aku sampai kat wad. Dia dah tidur. Dengan wayar kat tangan, mulut berdarah. Sedih sangat...pilu je hati ni. Dia mmasih kena berpuasa sampai petang. BIla terjaga je, minta susu. Sedih...sedih... Petang tu, Acu, Atok, Tok Chik datang melawat. Awo memang cuti, temankan aku kat hospital. Kami gilir-gilir naik jumpa Hafiy sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk wad. Kenalah gilir-gilir jaga Haidhar kat lobi hospital tu. 

   Esoknya, Hafiy dah dibenarkan keluar. Nasib baik tak ada apa-apa infection kalau tak mesti kena tahan wad lagi. Bukannya apa, kesian suamiku. Ingat senangke nak jaga budak kecik yang sakit. Tak sakit pun macam-macam perangainya. Malam pertama kat hospital pun suami aku tak boleh nak tidur. Hafiy asyik nak beriba jek. Bayangkan dari malam sampai ke pagi. Nak ke dewan bedah pun berdukung. Siap pakej pukul-pukul mika ayah lagi. Sampai pecah-pecah bibir ayah.

   Alhamdulillah....Hafiy dah sihat. Balik rumah pun happy jek. Macam tak pernah sakit. Melompat sana, melompat sini. Terlebih pulak nakalnya dari biasa. Apa-apa pun...thanks to pihak hospital kerana menyelamatkan Hafiy.

   Credit to suamiku yang menjadi ayah mithali' LOve you...
   

Thursday, June 17, 2010

The Breast Pump

Divide your movements into easy-to-do sections. If you fail, divide again.-Peter Nivio Zarlenga


     When my wife started back to work after the birth of our son, we had agreed taat continuing him on breast milk would be the best thing to do.
     We went to the store and bought the deluxe breast pump. When purchased insulator bags for the bottles. We cleared out extra space in the refrigerator.
     Then six hours into the first day, my wife called me at work.
        "Ken, I can't bear it anymore."
        "Your job?" I asked.
        "No, this breast pump," she complained. "I feel like a cow in the big city."
        "In the city?"
        "Well, actually in the toilet stall, where I just sat milking away my entire lunch break while listening to the young secretaries gossip over the noise of the hand blower."
        "You sit on the toilet?"
        "Well, where did you think I would do it?" she asked. "In the copier room? What would I say? 'Come on in, guys, don't mind me; I'm just sucking nourishment from my breast. Oh, and by the way, the legal size paper's over there on the table, under my blouse.'"
     That night we regrouped. We reminded ourselves of the health benefits of the breast milk, and my wifr reconfirmed her desire to put her best foot forward.
     Noon the next day she called.
        "I feel like I'm doing something illegal," she announced.
        "Why?"
        "Because I hide out in the bathroom."
        "People don't care," I said. "I'm sure everyone supports your decision."
        "What do you suppose people who don't know what I am doing in there think when they walk into the bathroom and all they hear is the low hum of an electrical device behind a bathroom stall?"
        "Maybe your boss should provide a breast pumping room," I suggested. "Where the new mothers can..."
        "Sit around watching each other pump their bare breasts?" she interrupted.
        "Well..."
        "Maybe we could also share home remedies for chapped nipples," she added sarcastically. "We could even take turns bringing snacks."
     On the second night, we held hands and prayed to God. Still, my wife assured me, she was dedicated to breast milk.
     Come the third day, she was on the phone by 10 AM.
        "There is only one stall close to the outlet to plug in my pump," she explained.
        "So?"
        "So, I had to wait until the stall was free,which wasn't easy when my breasts were so engorged they began erupting. I had to open my bra and empty out on the floor."
        "That's embarrassing,: I said.
        "Actually, the bad part is when the milk ran down around the feet of whoever was on the inside of the stall I needed. I imagine she'll throw away her shoes after something like that."
     When I got home, I noticed the deluxe breast pump and insulator bags were stuffed into the trash can.
     I never said a word.

-Ken Swarner, Chicken Soup for the Working Mom's Soul.


Hahaha....
Thats why my breast pump also ended in the box and I put it away from my eyes.
And now, I'm naturally breastfeed my son!!!!

Wednesday, June 2, 2010

My planning.....

Huh....apalah nak buat ya. Dah hampir 2 tahun aku dok rumah, menjadi surirumah ( ye ke??). Dah boring la. Kita dah biasa bekerja, bila lama tak buat apa-apa rasa macam lembap je otak ni. Nak fikir pun slow jek. Ntah ler....

Skang ni aku masih lagi breastfeed si Haidhar sambil-sambil tu aku pun tengah ajar dia minum susu formula gak. Bukan dah taknak breastfeed tapi kalau dah asyik menggigit je kerjanya...mano den nak tahan!!! Terpaksalah ajar dia susu formula. Lagipun nanti nak hantar dia gi Taska macam abangnya, Hafiy. Kena hantar juga...nanti manja. Melepek jek kerjanya. Satu kerja pun tak boleh nak buat.

Tulah....dalam dok menung-menung tu, apalah nak buat bila dah hantar Haidhar ke Taska. Dalam otak tu, plannya nak masuk kelas menjahit. Ok tak?? Yelah, bukan ler nak buka kedai jahit tapi sekurang-kurangnya boleh jahit baju sendiri. Nak belah sana, nak manik sini. Suka hati....

Nak cari kedai satu untuk melebarkan lagi sayap perniagaan (wah...ayat. Kelassssssssss gitu). Takkan nak dok downtown sampai tua. Ye tak??!!

Apa lagi nak buat ek??? Nantilah aku fikir-fikirkan lagi...

Ngantok.....