Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi

SALAM RAMADHAN....

   Pejam celik...pejam celik....dah first day puasa. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru sambut raya...dah nak raya lagi. Tahun agak teruja bila sambut puasa. Insya Allah..dapat puasa penuh kot tahun ni. Hehehe...sejak pasang implanon neh...aku  tak period so rasanya dapat le penuh tahun ni. Amin....

   Tahun ni Ramadhan agak mencabar buat aku dan juga hubby ku. Dengan Haidhar yang payah sangat nak tinggalkan dia sorang-sorang. Nak kena tidurkan dulu baru boleh buat kerja. So cabarannya...macam mana nak masak untuk buka puasa??? Takkan aku nak masak pagi-pagi buta sebelum dia bangun.... macam mana ekk... think..think..think..!!! Jadi terpaksalah aku memasak sambil menjadi 'jaga'. Takut nanti makanan tak masak, anak aku yang 'masak'!! Hangusss!!! Haidhar bukan jenis nak dengar cakap. Ini versi komando!!! Dengan aku-aku sekali jadi komando. Hahaha....

   Hubby pulak..lain ceritanya. Disebabkan aku tak boleh nak tinggalkan Haidhar kat sape-sape maka berseoranganlah hubby ku meniaga kat downtown. Dahlah bulan puasa memang orang ramai giler. Tak cukup tangan le laki aku nanti. mana nak ke tandas, mana nak makan, mana nak layan customer. Kesian sangat tapi apa boleh buat. Aku tak boleh nak tolong. Kalau dibawaknya Haidhar ke sana pun lagi menyusahkan. Bukan boleh dok diam...maklumlah komando!!! masa baby dulu senang...tidurkan je, settle!!! Skang ni jangan harap ler.

   Walau apa pun, Ramadhan tetap akan diharubgi dengan sabar dan takwa. Masalah-masalah tu akan tetap menjadi santapan dikala aku memang tak boleh nak santap.

   Kepada semua bloggers yang beragama Islam...Selamat Berpuasa!!!

  

Friday, August 6, 2010

Ogos....

   Ogos datang lagi....dan ini bermakna my luvly hubby turn 28. Hahaha...everybody getting older and older. What to do...cycle of life. Face it!! And damned it...i got fever on my hubby's birthday. Can't celebrate even only for two of us because my little baby also got fever. ;(
   Banyak birthday yang nak kena wish this month. Firstly...of course my hubby, then Asya (sis-in-law), Mak (mom-in-law) then Kakak (sis-in-law). Tapi macam takde celebration because Mak and Kakak birthday falls on Ramadhan. Tak kisah pun...for me. Tak tahu mereka kan....hehehe... Lagipun Asya's not here...she's in Melaka.
   Next week dah Ramadhan...sekejap jek. Pejam celik pejam celik....masa semakin pantas berlalu. Jam pun semakin cepat berdetik. Bangun pagi..tau-tau dah petang lepas tu malam dan pagi balik. Tapi aku lalui benda yang sama je setiap hari. Bilalah nak berubah. Ya...I know it's gonna take a few maybe a long time to back to normal. Takpelah...demi anak-anak.
   Hahaha...nanti nak raya pulak!!! Baju raya la pulak..duit raya....duit nak balik untuk raya...duit..duit..duit...!!!
   Jom cari duit!!!