Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 24, 2010

Tahniah...tahniah...tahniah....

Alhamdulillah...semakin bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W. 

Tahniah buat sahabatku, Wanie, yang telah selamat melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Qaisara Qistina. Uihsss...kemain lagi nama anak dara ko yer Wanie. Hehehe.... Aku pun belum berkesempatan lagi melawat anak beranak ni. Banyak sangat halangan. Insya Allah, weekend ni kot baru nak pegi.

Seronok dengar kengkawan dah ada anak. Ni yang buat rasa macam nak tambah lagi. Hehehe...Yelah tu ...kang aku jugak yang pening kepala nak menjaga kalau rapat sangat umurnya. 

Buat Wanie, aku doakan semoga engkau suami isteri akan menjadi ibubapa yang yang baik. Kadilah contoh yang baik buat anak2. Selamat berjaga malam....


Sunday, February 14, 2010

Takziah buat sahabat

Sedih hati ni bila terima berita daripada seorang teman rapat mengenai kehilangan bayi dalam kandungannya. Memang sangat memeranjatkan. Yelah...for almost 5 or 6 years waiting suddenly it's gone. Inilah antara ujian dari Yang Maha Esa dan ia mengingatkan aku bahawasanya aku adalah antara insan-insan yang beruntung kerana telah dikurniakan 2 orang anak lelaki yang sihat.

Alhamdulillah...semalam dia telah selamat menjalani proses mencuci rahim di hospital (not sure which hospital) dan aku doakan semoga dia cepat sihat dan dapat teruskan hidup seperti sediakala. Aku tau kau boleh!!! Kepada semua yang mengalami situasi sebegini, tabahkanlah hati. Tiap yang berlaku pasti adalah hikmahnya.

Friday, February 12, 2010

Penyusuan Ibu.....bagus untuk anak, bagus untuk ibu


Salam semua....

Huh...what a tough day. Sekarang baru ada masa nak buka blog. Biasalah....sibuk dengan anak-anak sampai kerja rumah pun tak sempat nak buat. So, bila dah settle semua baru la kita meng'update' blog. Heehee...

So, kali ni aku nak borak pasal penyusuan ibu. Bila cerita pasal ni, so aku dengan bangganya nak war-warkan bahawasanya aku adalah salah seorang di kalangan ibu-ibu di dunia ni yang menyusukan anak. Bangga nih!!! Alhamdulillah....aku masih lagi 'breastfeed' anak aku yang no.2, Haidhar, sampai sekarang. Umur Haidhar pun dah 7 bulan dan bermakna dah 7 bulan lah juga aku menyusukan dia.

Niat nak 'breastfeed' anak aku ni memang aku tanam dalam hati sejak dapat tahu aku mengandung lagi. Masa anak sulung dulu, Hafiy, aku cuma susukan dia masa dalam pantang. Itupun tak sampai sebulan. Tapi masa tu, aku belum terdedah lagi dengan kebaikan menyusukan anak. Masa tu hanya fikir, habis pantang...mula kerja. So, it's better if i'm not breastfeed  my baby. Sebenarnya masa tu aku tak tahu macam mana nak menyusukan anak kalau aku pergi kerja. Disebabkan kurang pengetahuan dalam hal-hal ni, aku terlepas pengalaman menyusukan anak.

Jadi...masa mengandungkan Haidhar, aku banyak baca buku, browsing internet dan tanya kawan-kawan pasal 'breastfeed' ni. Alhamdulillah...sekarang ni memang banyak info mengenai 'breastfeed' dan masyarakat di Malaysia pun dah mula menyedari akan kebaikan menyusukan anak.

Tapi masih ada yang beranggapan menyusukan anak ni susah. Susah nak jaga badan, susah kalau nak bawa anak keluar berjalan-jalan....ishh...semua susahlah. Alah...kalau susah sikit apa salahnya kan??!! Tapi itulah, banyak yang mereka tak tahu. Sebenarnya, bila kita menyusukan anak, ibu-ibu ini sebenarnya telah berjaya membakar 500 kalori. Itu untuk sehari. So...bayangkan aku yang dah menyusukan anak selama 7 bulan. Maintain jek.... hehehe...

Kalau selama ni rasa susah nak bawa anak keluar disebabkan 'breastfeed', sekarang tidak lagi. Dah banyak pusat beli belah  yang menyediakan ruang untuk para ibu menyusukan anak. Dari segi pakaian pulak, dah banyak fesyen-fesyen pakaian untuk ibu menyusu. Apa susah??!!

Banyak kebaikan yang akan kita dapat bila kita menyusukan anak kita. Selain dari apa yang aku dah cerita kat atas tu, aktiviti ni juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak itu sendiri. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita pasal tajuk ni. So...aku sambung next time lah yer...

Buat bakal-bakal ibu...janganlah takut untuk menyusukan bayi anda.

Tuesday, February 9, 2010

Permata Hatiku


Siapa sangka....umur menjangkau 28 tahun, anak dah 2. Hehehe...dan inilah 'permata hatiku', Muhammad Hafiy dan Muhammad Haidhar. Lasak!!! Sometimes tu rasa macam dah tak terlayan dengan kerenah masing.

My first born, Hafiy. This year masuk 3 tahun. Mulut petah, dah macam bertih jagung. Popping...pop..pop..pop...never stop talking. Sampai si Ayah cakap. "Hafiy....boleh berhenti cakap kejap, boleh tak?!". Hehehe....Ayah pun tak larat nak layan. Duh.... Antara perkataan yang selalu diucapkan sekarang ni.."cikit je....baaaaanyakkk.....punn....boleh???" Ada lagi...tapi banyak pulak nak kena list down. Hahaha....

"winkle....winkle...little star...how i wonder what u are", "negaraku....anah umpahnye ayah ku....akyat idop, tu dan juu..., amat baya...tuhan nia kan....aja ta....amat betahta...."
Lagu yang dia belajar kat taska...mula-mula dengar, tak faham. Dua tiga kali nyanyi, baru boleh catch up. Fenin...fenin....

My second little boy, Haidhar. Manja sangat...sampai tak boleh tinggal. Must be some at his side & of course its gonna be me. Sekarang dah 7 bulan. Baby lain dah mula nak merangkak tapi dia belajar gear reverse dulu. Asyik mengundur jek....hehehe....golek2 boleh le. Chubby...like me when I was a baby. Hurm....gemuk aku dulu rupanya (tp cute. hehehe...)

Alhamdulillah....sampai hari aku masih lagi 'breastfeed' Haidhar. Syukur....masa pregnant lagi memang aku dah berhajat nak breastfeed selama yang boleh. And thats why, dia ni manja sangat dengan aku.

Itulah dia...permata hatiku. Sayang sangat walaupun kengkadang naik pening jaga dua-dua nih.

Love both of you...from Ibu.