Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 28, 2010

My kids...owhh...their growing up!!!

Sekejap je masa berlalu. Anak-anak pun dah makin besar dan ini bermakna kita pun semakin bertambah umur. Hafiy dah 3 tahun, Haidhar dah 1 tahun 4 bulan. Tak berapa bulan lagi dah masuk tahun 2011. Bertambah lagi umur kita yer....


 at playground

 tengah nyonyot limau nipis

 mari minum vitagen

funny face

Thursday, October 21, 2010

Permainan pembelajaran untuk bayi

Permainan pembelajaran memberikan keseronokan kepada bayi dan juga merangsang pembelajaran dan perkembangan otak bayi anda. Terdapat banyak permainan seperti ini di pasaran yang dapat membantu ibu bapa dalam usaha merangsang anak-anak sejak kecil lagi. Ini ialah fakta-fakta asas tentang bagaimana bayi belajar dan jenis permainan pembelajaran yang sesuai untuk anak anda terutama anak kecil yang berusia bawah 12 bulan.

Bagaimana bayi belajar
   Lazimnya bayi bertindak balas terhadap suara ibu bapanya.Pada masa yang sama, bayi juga bertindak balas kepada bunyi menarik yang lain. Apabila anda memilih permainan pembelajaran untuk bayi anda seharusnya mencari permainan yang mempunyai bunyi, warna yang cerah dan kontras seperti merah, hitam dan putih dan ianya mempunyai tekstur menarik yang membuatkan bayi teruja untuk menyentuhnya.

Bunyi
   Bayi bertindak balas terhadap bunyi dan beberapa permainan pembelajaran terbaik termasuk gegaran dan permainan muzik. Muzik yang menenangkan boleh mendodoikan biasanya terbaik untuknya. Permainan yang mempunyai muzik dikatakan mampu merangsang minda dan gambaran pada bayi. Mungkin anda boleh membeli satu alat permainan pendengaran pembelajaran iaitu apabila ditekan butangnya akan mengeluarkan bunyi menarik untuk anak anda.

Penglihatan
   Warna yang terang dapat merangsang penglihatan bayi anda. Dapatkan permainan dengan warna kontras dan corak yang bebeza. Anda juga boleh memilih untuk memiliki katil bayi nyang mengeluarkan muzik,mempunyai tekstur berbeza dan b oleh menggantungkan permainan di dalamnya. Alat permainan yang berwarna cerah mampu menarik perhatian bayi anda.

Permainan motor halus.
   Ada permainan yang digunakan untuk merangsang jari-jemari dan pergerakan  mata bayi anda. Dengan blok-blok lembut berwarna terang pasti membuatkan si bayi anda asyik bermain. Bayi akan membelek-belek permainan dan pada masa yang sama pergerakan matanya aktif melihat permainan itu bergerak.

Kemahiran kognitif.
   Terdapat beberapa permainan pembelajaran yang menggalakkan kemahiran kognitif pada bayi. Permainan pembelajaran seperti blok-blok binaan jenis kain, kotak-kotak aktiviti atau buku jenis kain sesuai untuk anak anda. Apa yang pasti, permainan pembelajaran ini mestilah mudah untuk bayi memegangnya.

Thursday, September 30, 2010

TIP & PETUA 1

LELAH
Bagi anda yang lelah, rebuslah beberapa biji bawang merah kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. minum seminggu sekali.

SAKIT MULUT
Sekiranya anak anda mengalami sakit mulut, cubalah rawat dengan santan. Mula-mula masak santan daripada sebiji kelapa dengan satu cawan air. Setelah santan hampir menjadi minyak, masukkan 2 atau 3 tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat, sejukkan dan sapu dalam mulut anak anda.

MELAWASKAN KENCING
Jika anda ada masalah ketika membuang air kecil, cubalah petua ini. Kisar 2 potong nenas yang kurang masak dengan 2 gelas air. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari.

SENAK PERUT
Jika anda berhadapan dengan masalah senak perut dan selalu sendawa angin, petuanya adalah rebus 4 atau 5 tangkai cili kering (tangkainya sahaja) bersama 2 ulas bawang putih dan 3 cawan air. Campurkan sedikit halia. Minumlah beberapa kali.

GASTRIK
Ambil sebiji kurma dan campurkan dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. kemudian minum sebanyak 2 kali sehari.

Raya...Raya...Raya...

   Lamanya tak buka blog since Ramadhan. Macam-macam hal sampai tak sempat so hari ni nak cerita sikit apa yang jadi sepanjang Aidilfitri.
   Yang paling best masa Ramadhan, Haidhar dah mula berjalan!!! Sekarang dah laju. so raya aku amatlah letih melayan dia berjalan. Bila dia letih, main duduk je tak kira kat atas jalan ke dan terus merangkak dan yang pastinya baju dia akan kotor. Arghhh....ponin den!! Tapi best melayan kerenahnya. Terkedek-kedek dah macam itik pulang petang.
   Hari raya macam biasa la. Malam raya ada takbir kat rumah nenek so semua sanak saudara berkhemah kat sana la dari buka puasa sampai malam. Aku raya kat Wangsa dulu tahun ni. Petang baru gerak ke Kelantan. Tahun ni balik kampung guna 2 kereta. Hahaha...mana nak muat dah kalau naik 1 kereta je. Haidhar dah makin buas. Tak dok diam langsung. Hafiy la yang paling best. Dok sorang-sorang kat belakang....luas. Perjalanan macam biasa, 8 jam. Tapi yang tak bestnya, esok hari semasa dalam perjalanan ke Pasir Mas, kereta aku rosak. Klac habis, tak boleh masuk gear. Nasib baik ada begkel yang dah buka dan sanggup baiki kereta aku. Melayang RM400. Apa nak buat.

 Malam Raya kat rumah nenek

My sweet family

 Family in-laws

 Hafiy kat kubur arwah Tok

 My loves

 Rumah Umi

  Tahun ni macam tak berapa best je raya. Adakah kerana aku dah tua??? Hahaha.... Dah tua rupanya...kehkehkeh... Raya ni untuk anak-anak jelah. Tapi maknya pun tumpang juga...tumpang beli baju raya.
   Harap-harap raya tahun depan makin meriah.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi

SALAM RAMADHAN....

   Pejam celik...pejam celik....dah first day puasa. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru sambut raya...dah nak raya lagi. Tahun agak teruja bila sambut puasa. Insya Allah..dapat puasa penuh kot tahun ni. Hehehe...sejak pasang implanon neh...aku  tak period so rasanya dapat le penuh tahun ni. Amin....

   Tahun ni Ramadhan agak mencabar buat aku dan juga hubby ku. Dengan Haidhar yang payah sangat nak tinggalkan dia sorang-sorang. Nak kena tidurkan dulu baru boleh buat kerja. So cabarannya...macam mana nak masak untuk buka puasa??? Takkan aku nak masak pagi-pagi buta sebelum dia bangun.... macam mana ekk... think..think..think..!!! Jadi terpaksalah aku memasak sambil menjadi 'jaga'. Takut nanti makanan tak masak, anak aku yang 'masak'!! Hangusss!!! Haidhar bukan jenis nak dengar cakap. Ini versi komando!!! Dengan aku-aku sekali jadi komando. Hahaha....

   Hubby pulak..lain ceritanya. Disebabkan aku tak boleh nak tinggalkan Haidhar kat sape-sape maka berseoranganlah hubby ku meniaga kat downtown. Dahlah bulan puasa memang orang ramai giler. Tak cukup tangan le laki aku nanti. mana nak ke tandas, mana nak makan, mana nak layan customer. Kesian sangat tapi apa boleh buat. Aku tak boleh nak tolong. Kalau dibawaknya Haidhar ke sana pun lagi menyusahkan. Bukan boleh dok diam...maklumlah komando!!! masa baby dulu senang...tidurkan je, settle!!! Skang ni jangan harap ler.

   Walau apa pun, Ramadhan tetap akan diharubgi dengan sabar dan takwa. Masalah-masalah tu akan tetap menjadi santapan dikala aku memang tak boleh nak santap.

   Kepada semua bloggers yang beragama Islam...Selamat Berpuasa!!!

  

Friday, August 6, 2010

Ogos....

   Ogos datang lagi....dan ini bermakna my luvly hubby turn 28. Hahaha...everybody getting older and older. What to do...cycle of life. Face it!! And damned it...i got fever on my hubby's birthday. Can't celebrate even only for two of us because my little baby also got fever. ;(
   Banyak birthday yang nak kena wish this month. Firstly...of course my hubby, then Asya (sis-in-law), Mak (mom-in-law) then Kakak (sis-in-law). Tapi macam takde celebration because Mak and Kakak birthday falls on Ramadhan. Tak kisah pun...for me. Tak tahu mereka kan....hehehe... Lagipun Asya's not here...she's in Melaka.
   Next week dah Ramadhan...sekejap jek. Pejam celik pejam celik....masa semakin pantas berlalu. Jam pun semakin cepat berdetik. Bangun pagi..tau-tau dah petang lepas tu malam dan pagi balik. Tapi aku lalui benda yang sama je setiap hari. Bilalah nak berubah. Ya...I know it's gonna take a few maybe a long time to back to normal. Takpelah...demi anak-anak.
   Hahaha...nanti nak raya pulak!!! Baju raya la pulak..duit raya....duit nak balik untuk raya...duit..duit..duit...!!!
   Jom cari duit!!!
  

Wednesday, July 21, 2010

Celebrating birthday Atok, Acu & Haidhar

   Rasa macam dah lama tak update blog ni. Dah nak akhir bulan pun... Hurm...baru teringat pasal birthday mereka yang disayangi. Sambut lewat seminggu. Kesian...nak buat macam mana kan... Kekangan masa. But everything went well. Sambut juga walaupun tanpa kek, lilin dan hadiah.

   Kami sambut birthday kat tempat yang dipanggil 'Laman Kasih'. Wah...kasih-kasih, sayang-sayang gitu. It is a nice place to hangout....gempak la jugak. Ala-ala taman gitu...sesuai nyah.... Cuba tengok muka birthday boy ni. Hehehe...macam-macam memek muka dia. Dah setahun dah umurnya. Cepat je masa berlalu.


   Walaupun takde acara besar-besaran, tetap seronok. Sambut dengan anak beranak pun dah cukup. Meriah dek 2 beradik yang macam-macam perangainya. Hafiy bukan main seronok lagi main lari-lari. Tak terkejar ayah.... Haidhar,biasalah kalau makanan belum ada depan mata, mana nak dia duduk kat kerusi tu.


   Love u all....sorry coz tak ada hadih untuk korang2 yang sambut birthday. Just a nice dinner at the cozy land. Haidhar....next year punya birthday ibu bagi kek ok!!!


                                                                       Birthday Girl

                                                               The Parrot at the cafe