Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

TIP & PETUA 1

LELAH
Bagi anda yang lelah, rebuslah beberapa biji bawang merah kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. minum seminggu sekali.

SAKIT MULUT
Sekiranya anak anda mengalami sakit mulut, cubalah rawat dengan santan. Mula-mula masak santan daripada sebiji kelapa dengan satu cawan air. Setelah santan hampir menjadi minyak, masukkan 2 atau 3 tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat, sejukkan dan sapu dalam mulut anak anda.

MELAWASKAN KENCING
Jika anda ada masalah ketika membuang air kecil, cubalah petua ini. Kisar 2 potong nenas yang kurang masak dengan 2 gelas air. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari.

SENAK PERUT
Jika anda berhadapan dengan masalah senak perut dan selalu sendawa angin, petuanya adalah rebus 4 atau 5 tangkai cili kering (tangkainya sahaja) bersama 2 ulas bawang putih dan 3 cawan air. Campurkan sedikit halia. Minumlah beberapa kali.

GASTRIK
Ambil sebiji kurma dan campurkan dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. kemudian minum sebanyak 2 kali sehari.

No comments:

Post a Comment