Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 21, 2010

Permainan pembelajaran untuk bayi

Permainan pembelajaran memberikan keseronokan kepada bayi dan juga merangsang pembelajaran dan perkembangan otak bayi anda. Terdapat banyak permainan seperti ini di pasaran yang dapat membantu ibu bapa dalam usaha merangsang anak-anak sejak kecil lagi. Ini ialah fakta-fakta asas tentang bagaimana bayi belajar dan jenis permainan pembelajaran yang sesuai untuk anak anda terutama anak kecil yang berusia bawah 12 bulan.

Bagaimana bayi belajar
   Lazimnya bayi bertindak balas terhadap suara ibu bapanya.Pada masa yang sama, bayi juga bertindak balas kepada bunyi menarik yang lain. Apabila anda memilih permainan pembelajaran untuk bayi anda seharusnya mencari permainan yang mempunyai bunyi, warna yang cerah dan kontras seperti merah, hitam dan putih dan ianya mempunyai tekstur menarik yang membuatkan bayi teruja untuk menyentuhnya.

Bunyi
   Bayi bertindak balas terhadap bunyi dan beberapa permainan pembelajaran terbaik termasuk gegaran dan permainan muzik. Muzik yang menenangkan boleh mendodoikan biasanya terbaik untuknya. Permainan yang mempunyai muzik dikatakan mampu merangsang minda dan gambaran pada bayi. Mungkin anda boleh membeli satu alat permainan pendengaran pembelajaran iaitu apabila ditekan butangnya akan mengeluarkan bunyi menarik untuk anak anda.

Penglihatan
   Warna yang terang dapat merangsang penglihatan bayi anda. Dapatkan permainan dengan warna kontras dan corak yang bebeza. Anda juga boleh memilih untuk memiliki katil bayi nyang mengeluarkan muzik,mempunyai tekstur berbeza dan b oleh menggantungkan permainan di dalamnya. Alat permainan yang berwarna cerah mampu menarik perhatian bayi anda.

Permainan motor halus.
   Ada permainan yang digunakan untuk merangsang jari-jemari dan pergerakan  mata bayi anda. Dengan blok-blok lembut berwarna terang pasti membuatkan si bayi anda asyik bermain. Bayi akan membelek-belek permainan dan pada masa yang sama pergerakan matanya aktif melihat permainan itu bergerak.

Kemahiran kognitif.
   Terdapat beberapa permainan pembelajaran yang menggalakkan kemahiran kognitif pada bayi. Permainan pembelajaran seperti blok-blok binaan jenis kain, kotak-kotak aktiviti atau buku jenis kain sesuai untuk anak anda. Apa yang pasti, permainan pembelajaran ini mestilah mudah untuk bayi memegangnya.

No comments:

Post a Comment