Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

Raya...Raya...Raya...

   Lamanya tak buka blog since Ramadhan. Macam-macam hal sampai tak sempat so hari ni nak cerita sikit apa yang jadi sepanjang Aidilfitri.
   Yang paling best masa Ramadhan, Haidhar dah mula berjalan!!! Sekarang dah laju. so raya aku amatlah letih melayan dia berjalan. Bila dia letih, main duduk je tak kira kat atas jalan ke dan terus merangkak dan yang pastinya baju dia akan kotor. Arghhh....ponin den!! Tapi best melayan kerenahnya. Terkedek-kedek dah macam itik pulang petang.
   Hari raya macam biasa la. Malam raya ada takbir kat rumah nenek so semua sanak saudara berkhemah kat sana la dari buka puasa sampai malam. Aku raya kat Wangsa dulu tahun ni. Petang baru gerak ke Kelantan. Tahun ni balik kampung guna 2 kereta. Hahaha...mana nak muat dah kalau naik 1 kereta je. Haidhar dah makin buas. Tak dok diam langsung. Hafiy la yang paling best. Dok sorang-sorang kat belakang....luas. Perjalanan macam biasa, 8 jam. Tapi yang tak bestnya, esok hari semasa dalam perjalanan ke Pasir Mas, kereta aku rosak. Klac habis, tak boleh masuk gear. Nasib baik ada begkel yang dah buka dan sanggup baiki kereta aku. Melayang RM400. Apa nak buat.

 Malam Raya kat rumah nenek

My sweet family

 Family in-laws

 Hafiy kat kubur arwah Tok

 My loves

 Rumah Umi

  Tahun ni macam tak berapa best je raya. Adakah kerana aku dah tua??? Hahaha.... Dah tua rupanya...kehkehkeh... Raya ni untuk anak-anak jelah. Tapi maknya pun tumpang juga...tumpang beli baju raya.
   Harap-harap raya tahun depan makin meriah.

No comments:

Post a Comment