Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi

SALAM RAMADHAN....

   Pejam celik...pejam celik....dah first day puasa. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru sambut raya...dah nak raya lagi. Tahun agak teruja bila sambut puasa. Insya Allah..dapat puasa penuh kot tahun ni. Hehehe...sejak pasang implanon neh...aku  tak period so rasanya dapat le penuh tahun ni. Amin....

   Tahun ni Ramadhan agak mencabar buat aku dan juga hubby ku. Dengan Haidhar yang payah sangat nak tinggalkan dia sorang-sorang. Nak kena tidurkan dulu baru boleh buat kerja. So cabarannya...macam mana nak masak untuk buka puasa??? Takkan aku nak masak pagi-pagi buta sebelum dia bangun.... macam mana ekk... think..think..think..!!! Jadi terpaksalah aku memasak sambil menjadi 'jaga'. Takut nanti makanan tak masak, anak aku yang 'masak'!! Hangusss!!! Haidhar bukan jenis nak dengar cakap. Ini versi komando!!! Dengan aku-aku sekali jadi komando. Hahaha....

   Hubby pulak..lain ceritanya. Disebabkan aku tak boleh nak tinggalkan Haidhar kat sape-sape maka berseoranganlah hubby ku meniaga kat downtown. Dahlah bulan puasa memang orang ramai giler. Tak cukup tangan le laki aku nanti. mana nak ke tandas, mana nak makan, mana nak layan customer. Kesian sangat tapi apa boleh buat. Aku tak boleh nak tolong. Kalau dibawaknya Haidhar ke sana pun lagi menyusahkan. Bukan boleh dok diam...maklumlah komando!!! masa baby dulu senang...tidurkan je, settle!!! Skang ni jangan harap ler.

   Walau apa pun, Ramadhan tetap akan diharubgi dengan sabar dan takwa. Masalah-masalah tu akan tetap menjadi santapan dikala aku memang tak boleh nak santap.

   Kepada semua bloggers yang beragama Islam...Selamat Berpuasa!!!

  

No comments:

Post a Comment