Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 15, 2011

5 tips jauhi risiko strok

Zaman skang ni, ramai nau orang kena strok.
Dah  tak kira umur dah. Dulu kita selalu dengar pakcik-makcik yang dah 60 tahun ke atas je yang kena strok.
Tapi skang, awal 30-an pun dah boleh kena strok gak.
Mana taknya, makan tak jaga. Exercise jarang sekali.
Tambah pulak dengan kandungan dalam makanan yang kadang2 kita pun tak tau apa bahannya. 
Pakat sebat jek..
Orang kata, bukan akku katalah.
mencegah ni lebih baik dari mengubati.
So kat sini aku listkan 5 tips supaya susah skit la nak dapat strok

1. Banyakkan berjalan kaki. Alah...setakat nak gi kedai runcit depan rumah tu, takyah le start motor/kete. Jalan sudeh...

2. Kawal berat badan ideal. Jagalah sikit makan tu. Jangan nak main telan je semua yang ada depan  mata. Itu yang depan mata, yang cari sampai dapat lom kira lagi tu.

3. Hindari rokok. Zaman skang ni bukan lelaki je yang merokok. Pompuan pun dah ramai. Jauh2 le...boleh mati awal tau. Rugi2...

4. Jauhi minuman beralkohol. Arak2 ni jangan sentuh. Melayu skang ni pun dah ramai yang kaki minum. Entah ler...minta simpang la yer

5. Ambil nutrisi lengkap setiap hari. Dah le makan main sebat..tak kira apa. Makan ni nak kena ber'time'. Pastu tengok pulak makan apa. Jangan dari pagi sampai petang dok sebat pizza, burger....adussss....dahlah tu. Nanti gemuk!!


No comments:

Post a Comment