Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 12, 2010

Penyusuan Ibu.....bagus untuk anak, bagus untuk ibu


Salam semua....

Huh...what a tough day. Sekarang baru ada masa nak buka blog. Biasalah....sibuk dengan anak-anak sampai kerja rumah pun tak sempat nak buat. So, bila dah settle semua baru la kita meng'update' blog. Heehee...

So, kali ni aku nak borak pasal penyusuan ibu. Bila cerita pasal ni, so aku dengan bangganya nak war-warkan bahawasanya aku adalah salah seorang di kalangan ibu-ibu di dunia ni yang menyusukan anak. Bangga nih!!! Alhamdulillah....aku masih lagi 'breastfeed' anak aku yang no.2, Haidhar, sampai sekarang. Umur Haidhar pun dah 7 bulan dan bermakna dah 7 bulan lah juga aku menyusukan dia.

Niat nak 'breastfeed' anak aku ni memang aku tanam dalam hati sejak dapat tahu aku mengandung lagi. Masa anak sulung dulu, Hafiy, aku cuma susukan dia masa dalam pantang. Itupun tak sampai sebulan. Tapi masa tu, aku belum terdedah lagi dengan kebaikan menyusukan anak. Masa tu hanya fikir, habis pantang...mula kerja. So, it's better if i'm not breastfeed  my baby. Sebenarnya masa tu aku tak tahu macam mana nak menyusukan anak kalau aku pergi kerja. Disebabkan kurang pengetahuan dalam hal-hal ni, aku terlepas pengalaman menyusukan anak.

Jadi...masa mengandungkan Haidhar, aku banyak baca buku, browsing internet dan tanya kawan-kawan pasal 'breastfeed' ni. Alhamdulillah...sekarang ni memang banyak info mengenai 'breastfeed' dan masyarakat di Malaysia pun dah mula menyedari akan kebaikan menyusukan anak.

Tapi masih ada yang beranggapan menyusukan anak ni susah. Susah nak jaga badan, susah kalau nak bawa anak keluar berjalan-jalan....ishh...semua susahlah. Alah...kalau susah sikit apa salahnya kan??!! Tapi itulah, banyak yang mereka tak tahu. Sebenarnya, bila kita menyusukan anak, ibu-ibu ini sebenarnya telah berjaya membakar 500 kalori. Itu untuk sehari. So...bayangkan aku yang dah menyusukan anak selama 7 bulan. Maintain jek.... hehehe...

Kalau selama ni rasa susah nak bawa anak keluar disebabkan 'breastfeed', sekarang tidak lagi. Dah banyak pusat beli belah  yang menyediakan ruang untuk para ibu menyusukan anak. Dari segi pakaian pulak, dah banyak fesyen-fesyen pakaian untuk ibu menyusu. Apa susah??!!

Banyak kebaikan yang akan kita dapat bila kita menyusukan anak kita. Selain dari apa yang aku dah cerita kat atas tu, aktiviti ni juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak itu sendiri. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita pasal tajuk ni. So...aku sambung next time lah yer...

Buat bakal-bakal ibu...janganlah takut untuk menyusukan bayi anda.

No comments:

Post a Comment