Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 22, 2010

Aidil Adha.....korban....

Salam Aidil Adha buat semua blogger yg beragama Islam. Semoga Aidil Adha kali ini memberi 1000 keinsafan dan menyedarkan kita tentang erti korban.
Tahun ni mak aku pun ambil bahagian untuk korban juga. Aku pun ambil juga tapi buat Aqiqah Haidhar. Jadi selesai sudahlah aqiqah Haidhar. Dah takde hutang k!!!

two philipinos guys & two cambodian girls from L&S Cosmetic & Toiletries with my mom (wearing purple jubah)

Acara melapah lembu

kepala lembu

Abah ku yang kekok melapah lembu

daging lembu

sungguh muslimah sekali!!

Tuesday, November 16, 2010

GIGI......oh....GIGI....

Nyut...nyut...nyut....adoi, sakitnya!!! Bilalah nak ok ni. Terbayang-bayang lagi macam mana doktor tu mencungkil-cungkil gusi aku sebab nak keluarkan geraham yang dah jahanam nih. Bius sampai 3 kali....aku dah rasa macam Mr. Bean. Hehehe....

Sakit wo...

Friday, November 12, 2010

S.A.K.I.T

Minggu ni minggu sakit sefamili. Hahaha...mana taknya, kejap yang ni demam, kejap yang tu sakit. Last week, Ma demam pastu Asya operate mata. Then Tihah demam. Zara masuk spital, infection paru-paru. Then semalam, aku lak yang tiba-tiba muntah-muntah. Peknen ke????? Huhuhu...jangan. Masa lom time lagi ;p

Tuesday, November 2, 2010

HAPPY BIRTHDAY, DEAR.....

"Happy birthday to you...... Happy birthday to you..... Happy birthday to Kak Long.... Happy birthday to you...."

   Happy birthday Kak Long. Walaupun Kak Long jauh kat Jeddah. Tak ngapelah, dah tugas nak buat macam mana kan..... Semoga dipanjangkan umur, diperbanyakkan rezeki, diberi kesihatan dan selalu dapat balik KL. Hehehhe.... Wish u a very good luck!!!

Friday, October 29, 2010

Wink....wink...wink....

Hehehe...saja jer nak tunjuk my new gadget ni ha....
Jangan jealous especially to my little sis, Ecah Nur si Gigi Besi.
Tengoklah I punya henpon Nokia C3 kaler pink ni...
Weehoo....


Canteknya.....kan?? kan??? kan??
Hahahaha......Ecah jealous la tu

Thursday, October 28, 2010

My kids...owhh...their growing up!!!

Sekejap je masa berlalu. Anak-anak pun dah makin besar dan ini bermakna kita pun semakin bertambah umur. Hafiy dah 3 tahun, Haidhar dah 1 tahun 4 bulan. Tak berapa bulan lagi dah masuk tahun 2011. Bertambah lagi umur kita yer....


 at playground

 tengah nyonyot limau nipis

 mari minum vitagen

funny face

Thursday, October 21, 2010

Permainan pembelajaran untuk bayi

Permainan pembelajaran memberikan keseronokan kepada bayi dan juga merangsang pembelajaran dan perkembangan otak bayi anda. Terdapat banyak permainan seperti ini di pasaran yang dapat membantu ibu bapa dalam usaha merangsang anak-anak sejak kecil lagi. Ini ialah fakta-fakta asas tentang bagaimana bayi belajar dan jenis permainan pembelajaran yang sesuai untuk anak anda terutama anak kecil yang berusia bawah 12 bulan.

Bagaimana bayi belajar
   Lazimnya bayi bertindak balas terhadap suara ibu bapanya.Pada masa yang sama, bayi juga bertindak balas kepada bunyi menarik yang lain. Apabila anda memilih permainan pembelajaran untuk bayi anda seharusnya mencari permainan yang mempunyai bunyi, warna yang cerah dan kontras seperti merah, hitam dan putih dan ianya mempunyai tekstur menarik yang membuatkan bayi teruja untuk menyentuhnya.

Bunyi
   Bayi bertindak balas terhadap bunyi dan beberapa permainan pembelajaran terbaik termasuk gegaran dan permainan muzik. Muzik yang menenangkan boleh mendodoikan biasanya terbaik untuknya. Permainan yang mempunyai muzik dikatakan mampu merangsang minda dan gambaran pada bayi. Mungkin anda boleh membeli satu alat permainan pendengaran pembelajaran iaitu apabila ditekan butangnya akan mengeluarkan bunyi menarik untuk anak anda.

Penglihatan
   Warna yang terang dapat merangsang penglihatan bayi anda. Dapatkan permainan dengan warna kontras dan corak yang bebeza. Anda juga boleh memilih untuk memiliki katil bayi nyang mengeluarkan muzik,mempunyai tekstur berbeza dan b oleh menggantungkan permainan di dalamnya. Alat permainan yang berwarna cerah mampu menarik perhatian bayi anda.

Permainan motor halus.
   Ada permainan yang digunakan untuk merangsang jari-jemari dan pergerakan  mata bayi anda. Dengan blok-blok lembut berwarna terang pasti membuatkan si bayi anda asyik bermain. Bayi akan membelek-belek permainan dan pada masa yang sama pergerakan matanya aktif melihat permainan itu bergerak.

Kemahiran kognitif.
   Terdapat beberapa permainan pembelajaran yang menggalakkan kemahiran kognitif pada bayi. Permainan pembelajaran seperti blok-blok binaan jenis kain, kotak-kotak aktiviti atau buku jenis kain sesuai untuk anak anda. Apa yang pasti, permainan pembelajaran ini mestilah mudah untuk bayi memegangnya.