Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 28, 2010

Happy Again

   4 hari selepas operation, Hafiy dah happy balik. Tapi bertambah-tambah 'naughty' la pulak. Ntah apa yang dia lalui masa dok kat spital tuh. Hehehe
 
   Tapi kesian la....... Habih dah pagar kat sebelah kena runtuh dek doktor gigi tu. Nak buat macam mana...untuk kebaikan dia juga. Bila sengih...hehehe...sungguh menawan kalbu. Wakaka..... Bila tanya mana gigi Hafiy. Doktor ambik, katanya.

   Jap lagi nak balik rumah Aki dia, mesti kena sakat je la. Yelah, belum jumpa Aki dan Wani lagi sejak depa balik dari umrah semalam. Terima jelah Hafiy. Nasib baik dia tak berapa faham lagi kalau tak mesti dia malu nak jumpa orang. Yelah...dah takde gigi. Banyak lak tu!!!

   Apa-apa pun, Ibu tetap sayang Hafiy!!

 

No comments:

Post a Comment