Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 26, 2010

bila Hafiy masuk wad

   Tak disangka-sangka, cempedak dah jadi nangka. Wahhh....gitu!!!. Memang jadi nangka pon. Dari kecik, dah jadi besar giler. Cian kat Hafiy. Huhuhu.... Itulah nak cerita nih.

   Bermula dengan sakit gigi. Bila makan jek, sakit. Makan jek, sakit. Dah langsung tak nak makan. Dah asyik sakit gigi jek, so kami pon bawa le Hafiy pegi dental. Ye lah...kesian le. Asyik sakit je, sampai tak boleh nak makan. Bila dentist periksa, katanya bengkak gusi je. Dibaginya ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Oklah....ingatkan sakit gigi, nak kena cabut. Sampai je kat rumah, aku pun suapkanlah ubat-ubat tu ke mulut Hafiy. Jam 3 pagi, tiba-tiba Hafiy terjaga menangis-nangis. Ya Allah!!! Kenapa pipi dia bengkak ni??? Besar giler. Tu yang cempedak dah jadi nangka. Muahahaha.......

   Tindak balas ubat agaknya Itu yang kami berdua fikir. Tapi kenapa tak surut-surut??? Musykil...musykil.... Maka, pagi Isnin tu aku suruh la ayahnya telefon dentist tu, tanya samada memang akan jadi macam tu ke selepas makan ubat. Dentist tu suruh habiskan ubat, kalau tak surut juga bengkaknya datang balik.

   Pagi Selasa, suami aku bawa Hafiy jumpa detist tu semula. Yelah, dari malam Sabtu sampai ke hari Selasa tak juga surut bengkaknya. Dentist tu periksa gusi Hafiy, dia cakap gusi tu dah bernanah. Disebabkan Hafiy baru 3 tahun, dentist tu minta kami pergi klinik. So, ayahnya bawa la pegi klinik yang kebetulan kat sebelah dental tu je. Tapi doktor kat klinik tu tak berani nak buat apa-apa. Doktor tu bagi surat untuk refer kat hospital.

   Ayahnya terus bawa Hafiy balik rumah ambil aku dan Haidhar. Kami terus pergi hospital. Sampai kat bahagian kecemasan Hospital Sg Buloh, jam pun dah pukul 2.30 petang. Huh....dari pagi ulang alik. Kesian suamiku.... Pukul 3 petang, barulah tiba giliran Hafiy. Tak sampai 5 minit kat dalam bilik doktor, aku dengar Hafiy menjerit-jerit. Doktor ambil darah dia...patutlah.

   15 minit kemudian, MA (mediacal assistant) bawa kami pergi Klinik Pakar Bedah Mulut. Bila tengok signboard tu, gerun lak aku. Kenapa dia bawa kami datang sini??? Masuk dalam klinik, daftar lepas tu jumpa doktor. Doktor periksa gigi Hafiy. Lepas terus beritahu kami, Hafiy mesti dimasukkan ke wad petang tu juga. Hafiy mesti dibedah untuk buang nanah kat gusi tu. Kes Hafiy dah jadi kes 'emergency' sebab dia umurnya bawah 6 tahun. Terkejut aku dengar. Kesiannya...macam mana nanti. Sakit tuh...

   Malam tu, Hafiy ditemani ayahnya kat wad. Aku tak boleh nak temankan sebab Haidhar breastfeed. Kesian ayah...melayan kerenah Hafiy. Malam tu dia menangis-nangis nakkan aku. Bila telefon, terus nangis. Sdih aku dengar. Suami aku beritahu, doktor akan buat surgery tu samada esok pagi ataupun tenghari. Harap tak ada apa-apa yang tak baik berlaku.

   Esoknya tepat jam 12 tengahari, Hafiy dan suamiku masuk ke 'operation theatre'. Seram jek bunyinya kan... Pembedahan selesai dalam 2 jam 30 minit. Suami aku beritahu, Hafiy sedar jek terus bangub tarik wayar-wayar kat badan dia. Darah tersembur-sembur keluar dari mulut. Nangis sambil jerit sakit...sakit. Tak dapat aku bayangkan. Kesian, doktor cabut 10 batang gigi dia yang dah rosak. Bayangkan...1o batang!!!

   Masa aku sampai kat wad. Dia dah tidur. Dengan wayar kat tangan, mulut berdarah. Sedih sangat...pilu je hati ni. Dia mmasih kena berpuasa sampai petang. BIla terjaga je, minta susu. Sedih...sedih... Petang tu, Acu, Atok, Tok Chik datang melawat. Awo memang cuti, temankan aku kat hospital. Kami gilir-gilir naik jumpa Hafiy sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk wad. Kenalah gilir-gilir jaga Haidhar kat lobi hospital tu. 

   Esoknya, Hafiy dah dibenarkan keluar. Nasib baik tak ada apa-apa infection kalau tak mesti kena tahan wad lagi. Bukannya apa, kesian suamiku. Ingat senangke nak jaga budak kecik yang sakit. Tak sakit pun macam-macam perangainya. Malam pertama kat hospital pun suami aku tak boleh nak tidur. Hafiy asyik nak beriba jek. Bayangkan dari malam sampai ke pagi. Nak ke dewan bedah pun berdukung. Siap pakej pukul-pukul mika ayah lagi. Sampai pecah-pecah bibir ayah.

   Alhamdulillah....Hafiy dah sihat. Balik rumah pun happy jek. Macam tak pernah sakit. Melompat sana, melompat sini. Terlebih pulak nakalnya dari biasa. Apa-apa pun...thanks to pihak hospital kerana menyelamatkan Hafiy.

   Credit to suamiku yang menjadi ayah mithali' LOve you...
   

No comments:

Post a Comment