Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 14, 2011

SAKIT & PEMBALASAN

Jam 3 pagi.
Sakit kepala menyerang. Ya Allah...kenapalah sakit sangat nih. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Serius!!! Sakit sangat. Perut pun rasa mual. Nak muntah....sakit perut.
Kenapa nih??
 Haidhar pulak asyik nak menyusu jek. Hafiy lak minta susu.
Ya Allah, aku memang tak larat nak layan dua-dua insan ni. 
Macammana ni??
Hubby takde. Baru jek kol 11pm tadi bertolak ke asrama.
Nak panggil Ma...kesian pulak. Esok pagi-pagi, Ma nak kena bangun awal pergi kerja.
Tapi aku memang dah tak tahan sangat.
Mesej Hubby.... Dia minta panggilkan Ma.
Alahai....tak nak susahkan Ma.
Arghhh....rasa macam nak muntah.
Cepat-cepat aku berlari ke sinki.
Habis makan malam aku tadi keluar semua.
Ya Allah...peritnya. Berikanlah aku kekuatan!!
Kenapa masih tak hilang sakit kepala ni. Padahal aku telan ubat tadi.
Lambatnya ubat ni bertindak. Selalu tak macam ni.
Takkan aku pregnant kot...macam tak logik je.
Tapi...memang perit.
Alhamdulillah....
Bangun pagi tadi. Semua sakit tu dah hilang.
Mungkin itu semua pembalasan yang Allah beri. Mungkin aku ada melakukan dosa.
Alhamdulillah. Ia telah mengingatkan aku bahawa...
dosa kita tak perlu tunggu di alam barzakh
di dunia pun Allah dah balas

No comments:

Post a Comment