Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 17, 2011

Hari-hari yang sibuk

Semasa menaip blog ni, aku belum lagi melelapkan mata walau sesaat dari semalam. Ada kawan ucap tahniah kat FB sebab jadi SUPERWOMAN, katanya. Huh....superwoman pun boleh pengsan. Kepala aku ni dah berat tapi itulah masalahnya, kalau dah penat sangat tak boleh pulak nak tidur. Sekejap lagi, bila mata dah berat, si kecik pulak bangun. Uwaaa......

Minggu ni memang sibuk giler. Hubby dah mula kursus so aku kena ambil alih stall kat Downtown. So, tiap-tiap malam kau akan berada kat downtown. Sampai rumah dah pukul 2,3 pagi. Anak-anak pulak ceria sebba dia orang semua dah tidur awal. Nak taknak, kena layan la dulu. Yang ni susu, yang tu nenen. Nak tunggu dia orang tidur balik dah hampir pukul 5, 6 pagi. Aku masih lagi belum tidur. Bila anak-anak dah tidur balik, aku pun barulah dapat rehat. Tak sampai 2, 3 jam tidur, dah bangun pulak 2 beradik ni. Aku pun kenalah bangun buat sarapan. Jalan pun senget, dah rupa ketam. Ngantuk, beb!!!

Anak-anak dah siap mandi. Buka Astro channel 613, bebudak tengok citer. Aku...bantai tidurlah. Tengahari...bangun masak lunch. Masih dalam mode jalan ketam. Hahahaha.... Siap masak, suapkan anak-anak. Kalau ada selera, aku pun makan sama. Tapi kadang-kadang penat mengatasi segalanya. Tidur lagi sedap!!!

Petang, masak untuk dinner lak. Kalau bonda balik awal. Dapatlah rilex sebelum pegi meniaga. Dapatlah nyorok dalam bilik, rileks jap. Pukul 8.30 malam aku dah kena keluar meniaga. Itulah rutin sejak hubby pegi kursus.

SIBUK!!!

No comments:

Post a Comment