Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 28, 2011

TENSI

Ya Allah...
kau berikanlah aku sebanyak-banyak kesabaran untuk terus membimbing keluarga ku.

Ya lah kan..kita ni manusia biasa. Bukannya patung yang boleh terima apa saja yang terjadi. Kadang-kadang sifat sabar tu boleh hilang. Sekali petik je!!

Arghhh...kenapa sejak akhir2 ni seolah-olah semuanya tidak kena. Yang ni salah, yang tu pun salah. I'm in the middle. Aku yang tak paham ke orang yang tak paham2???
Kompius....kompius....

Seriously.....i'm going crazyyyyy!!

Saturday, June 18, 2011

Bila dah pandai pegang pensel

Sejak dah pandai pegang pensel dan pen,
dinding rumah dah jadi WALL OF FAME
Lukisan abstrak pun dah banyak.
Kalau pamer, PICASSO pun kalah ni.
Hukhukhuk...

Pantang jumpa pen...
inilah jadinya





Wednesday, June 15, 2011

5 tips jauhi risiko strok

Zaman skang ni, ramai nau orang kena strok.
Dah  tak kira umur dah. Dulu kita selalu dengar pakcik-makcik yang dah 60 tahun ke atas je yang kena strok.
Tapi skang, awal 30-an pun dah boleh kena strok gak.
Mana taknya, makan tak jaga. Exercise jarang sekali.
Tambah pulak dengan kandungan dalam makanan yang kadang2 kita pun tak tau apa bahannya. 
Pakat sebat jek..
Orang kata, bukan akku katalah.
mencegah ni lebih baik dari mengubati.
So kat sini aku listkan 5 tips supaya susah skit la nak dapat strok

1. Banyakkan berjalan kaki. Alah...setakat nak gi kedai runcit depan rumah tu, takyah le start motor/kete. Jalan sudeh...

2. Kawal berat badan ideal. Jagalah sikit makan tu. Jangan nak main telan je semua yang ada depan  mata. Itu yang depan mata, yang cari sampai dapat lom kira lagi tu.

3. Hindari rokok. Zaman skang ni bukan lelaki je yang merokok. Pompuan pun dah ramai. Jauh2 le...boleh mati awal tau. Rugi2...

4. Jauhi minuman beralkohol. Arak2 ni jangan sentuh. Melayu skang ni pun dah ramai yang kaki minum. Entah ler...minta simpang la yer

5. Ambil nutrisi lengkap setiap hari. Dah le makan main sebat..tak kira apa. Makan ni nak kena ber'time'. Pastu tengok pulak makan apa. Jangan dari pagi sampai petang dok sebat pizza, burger....adussss....dahlah tu. Nanti gemuk!!


Tuesday, June 14, 2011

Paksa Rela

Tajuk bunyi macam ngeri.Tapi takdelah ngeri nau....
Hahaha...kesian kat my hubby.
Kena tolong packingkan coklat.
Tak pernah pun suh dia buat tapi kali terpaksa demi masa...
Masa dah suntuk noq...
Coklat banyak yang lom siap packing so hubby la yang jadi mangsa

 Ini dia muka orang kena paksa...
muncung jek

Maka...
inilah hasilnya
Credit to my sis yang tolong pasangkan riben walaupn tak sampai 1/2.
Dan berbanyak2 terima kasih yang tak terhingga buat hubby yang tolong packingkan coklat satu-persatu sampai habis & siap packingkan dalam kotak besar.

Love so much....

Monday, June 13, 2011

Jom buat 'Strawberry Dip'

Idea buat Strawberry Dip muncul bila adik ipar aku, Kerch, nak wat hantaran kawen. Coklat dah buat. Nak buat lagi satu dulang. Biasa orang letak buah-buahan. Katanya nak lain dari yang lain. Tu yang Strawberry Dip.

 the strawberries

the chocolates
white & dark

 dip it in the melted choc then straight to the fridge

 done. 





Nice huh!..

Sunday, June 12, 2011

FATHER'S DAY

Aku sebenarnya tak pasti tarikh yang betul untuk sambut Father's Day ni tapi yang pastinya memang bulan ni. Aku ada dapat 2, 3 order coklat untuk Father's Day...so tetiba timbul lak idea nak buat surprise untuk Father's Day.
Aku pun contact le ipar duai dan biras aku. Yelah nak kena tanya dulu, mana tau masing sibuk ke...kan... Lagipun aku plan nak surprisekan 4 orang ayah. Bapak mertua, Angah (abg ipar), Zul (adik ipar) dan semestinya my luvly hubby. Semua ni pegang title AYAH.
Aku ni siap tempah kek lagi. Makanan lain ipar duai yang uruskan. Makan2 kecik jek. Just for family. Tapi yang sayangnya, adik ipar aku Asya takde. Kaklong lak jauh nun di Jeddah. Takpe...i dah upload gambar utk uollsss tengok k!!!

 Special to Zara, birthday girl



 Cucu-cucu Aki Kodri

 with Aki

 spaghetti (mak buat), sate (angah beli), kek ( i yg beli)

 inilah muka AYAH2 yang sambut father's day



birthday girl