Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 24, 2010

Malam 18 Mac 2010

18 Mac 2010.

Malam ni aku kena pergi Tmn Dato' Senu. Ada pengantin nak pakai inai untuk majlis nikah esok harinya. Dah lama cik kak ni booking. Dari tahun lepas...

Jam 8 malam. Kereta ni buat hal pulak. Enjin tak nak hidup. Si Hafiy dah tak senang duduk. Huh...nak ikut la tu. Hehehe...tak dapat. Kalau jenis yang boleh duduk diam, boleh jugak aku bawa buat teman. Haidhar....nasib baik tidur. Relaks jap...... Dan akhirnya, hidup gak kereta Perdana ni (kete mak aku).

Siap 'buckle'kan Haidhar kat car seat, dengan pantasnya aku menekan pedal minyak menuju ke Wangsa Maju. Ngeh....nak kena hantar Haidhar kat mentua aku dulu. Minta tolong jagakan. Maklumlah....dah takde orang lain yang boleh jaga. Mak mentua juga yang jadi mangsa. Terima kasih mak....

8.45 malam. Alamak...aku dah lambat ni. Janji dengan pengantin kol 9. Semuanya gara-gara kereta tak boleh nak 'start' tadi. Harap-harap aku tak sesat.... Pernah sampai Tmn Dato' Senu tapi tak berapa nak ingat. Maklumlah, masa pergi dulu duduk sebelah pemandu.

Sampai Tmn Dato' Senu....Huh...mana pulak kondo ni. Si pengantin cakap, "this the only condo at Tmn Dato' Senu". Pening juga nak mencari walaupun 'the only one'.Baik aku telefon. Kalau tak lagi entah kemana-mana pulak. Kesian pengantin.... (kesian kat aku sebenarnya....)

9.15 malam. Sampai rumah pengantin dengan bantuan kakak si pengantin  yang menjemput aku kat Sentul Boulevard. Masuk je rumah aku teruskan kerja aku. Takut nanti lambat pula balik. Yelah, buat inai ni bukannya 5 minit boleh siap. Makan jam juga....

1.20 pagi. Alhamdulillah..... Akhirnya siap juga inai pengantin. Sakit pinggang aku. Takpe...demi mencari rezeki untuk anak-anak. Ingat senang ke nak buat. Nasib baik pengantin nak corak yang sederhana simple takdelah lama sangat nak melukisnya.


Selesai kerja dan minum segelas air, aku pun bergegas ke kereta. Yelah...dah lama sangat tinggal anak. Dah la Haidhar tu demam. Buatnya asyik nangis je, kesian pulak kat mak mentua aku. Esok pagi dia kerja. Tapi, bila aku sampai kat kereta.....

Arghhh.....kena block!!! Penduduk kat sini 'double parking'  sebab kat situ tak cukup 'parking space'. Memang giler la...kereta banyak. Sepanjang jalan tu semua 'double park' dan kereta aku menjadi mangsa. Huhuhu....macam mana nak balik ni. Aku pun telefon la pengantin.

Nak dijadikan cerita, kakak si pengantin yang hantar aku ke Downtown Cheras. Terpaksa la balik dengan hubby ku sayang. Tapi kena tunggu sampai habis meniaga. Takpelah...dah nasib. Nasib baik Haidhar tidur, tak banyak meragam. Dia pun tahu ibu ditimpa kesusahan.

Huh...malam yang panjang. Anyway...thanks to pengantin yang sudi booked aku untuk inaikan, kakak pengantin yang jemput dan siap hantar aku, Kerch yang dapatkan booking inai, Tihah yang jagakan Hafiy, mak dan Kerch yang jagakan Haidhar, ma yang bagi guna Perdana dan Hubby yang tunggu kat downtown.

Monday, March 1, 2010

Kekejaman yang semakin menggila

Gila...perkataan yang tepat untuk menggambarkan betapa kejamnya lelaki itu sehingga sanggup menyepak dan memijak si kecil sehingga menyebabkan kematian. 

Sesiapa yang mengikuti kisah si kecil di helaian berita dan siaran tv semalam pasti mengetahui cerita si malang ini. Kenapalah zaman moden ni masih ada manusia yang tak berhati perut. Masih sanggup melakukan perkara yang keji itu. 

Laporan dalam Berita Harian hari ini menyatakan, kemungkinan besar penderaan bukan hanya dilakukan oleh suspek iaitu teman lelaki ibunya tetapi ianya membabitkan lebih kurang 5 individu lain. Ya Allah...bayangkan betapa seksanya tubuh kecil tu menanggung seksaan. Tahu tak...baru 3 tahun umurnya. Kita yang dah tua bangka ni pun kalau kena cubit sakit....

Agaknya inilah balasan yang diberi kepada ibu si mati kerana melakukan dosa. Bersekedudukan dengan lelaki yang dicintai tetapi menjadi penyebab kematian anak sendiri. Betapa bodohnya tindakan si ibu dan betapa kejam si lelaki.

Tiada lagi kompromi buat si pesalah. Hanya hukuman gantung yang sesuai buat dirinya.... Huh..tak best. Seksa dulu sepertimana yang telah dilakukan kepada si kecil, Syafia Humairah. 

Kepada adik Syafia Humairah, semoga Allah S.W.T memcucuri rahmat dan menempatkannya dikalangan mereka y ang beriman. Al- Fatihah....